30 tahun bangun naik sama-sama dengan restoran, mesti sedih tengok keadaan dia lepas kena badai ribut.
Mohd Shukri Abdul Talib, 31, pengusaha restoran ikan bakar yang terletak kat Tanjung Harapan, Port Klang ini memberitahu ia adalah kejadian pertama yang berlaku sepanjang 30 tahun restoran itu beroperasi.
“Kejadian berlaku sekitar jam 6 pagi. Ketika itu saya berada di dalam bilik yang terletak di dalam restoran.”
“Secara tiba-tiba saya terdengar bunyi deruan angin kuat seperti guruh diikuti hujan. Keadaan itu berlangsung hampir setengah jam.”
Apabila keadaan tenang, saya keluar dari bilik dan melihat bumbung restoran tertanggal dan sebahagian binaan restoran roboh,”
Ni antara gambar keadaan restoran lepas angin ribut.
Atau korang boleh tengok kat wawancara buletin TV3 kat sini.
Menurut Mohd Shukri, restoran berusia 30 tahun tersebut adalah warisan daripada ibu bapanya dan kejadian angin kuat adalah biasa namun ini pertama kali kedainya mengalami kerosakan teruk sebegini.
Dia menganggarkan yang kerugian dialami adalah sebanyak RM15,000 namun menurutnya kontraktor belum lagi dipanggil bagi membaik pulih kedai.
Harap pengusaha sabar dengan ujian. Ada lah hikmahnya.
Sumber : HarianMetro