Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai daripada kita yang terpaksa bekerja dari rumah untuk mengelak daripada dijangkiti. Hanya sektor-sektor penting sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi.
Namun siapa sangka, Perseverance Mars rover milik NASA yang berada di planet Marikh pada ketika ini sebenarnya dikawal oleh seorang saintis daripada rumah sewanya sahaja.
Sebelum ini, NASA berjaya mendaratkan Perseverance Mars rover di Marikh pada 19 Februari lalu. Menurut rekod, tempoh yang diperlukan oleh rover tersebut untuk tiba di Marikh adalah hampir 7 bulan.
Dalam satu laporan, saintis NASA kelahiran India, Profesor Sanjeev Gupta mengawal Perseverance Mars rover hanya dari rumah pangsapuri yang disewanya di Selatan London.
Difahamkan, Profesor Gupta sepatutnya berada di Jet Propulsion Laboratory, California untuk menjayakan misi ini bersama ratusan saintis dan jurutera yang lain. Namun, kekangan pandemik Covid-19 menyebabkan dia bekerja di rumah sewanya yang terletak di atas kedai gunting rambut.
Professor Sanjeev Gupta, who is working on the NASA Mars rover 'Perseverance' from a high street flat in Lewisham, explains how his team works to find out if there ever was life on Mars.@mattfrei pic.twitter.com/WnRlcyN48A
— LBC (@LBC) February 27, 2021
Terang Profesor Gupta dalam satu temu bual, dia terpaksa menyewa rumah pangsapuri kerana tidak mahu mengganggu anak dan isterinya tidur. Rumah yang disewa diubah menjadi sebuah pusat kawalan kecil yang dilengkapi dengan lima komputer dan dua skrin.
Menurut satu sumber, sampel-sampel yang digali di planet Marikh akan dihantar kembali ke bumi pada tahun 2027 untuk tujuan kajian.
Admin work from home pun susah nak tahan rasa mengantuk, Profesor Gupta tenang je kawal rover dekat Marikh.
Sumber: India Today
BACA: “Satu Malaysia kena tipu” – Penerima Biasiswa NASA Sebenarnya Tipu Terima Tawaran?