Kalau sebut pasal jaguh badminton negara sapa je tak kenal kan? Datuk Lee Chong Wei pernah menang pingat perak sebanyak tiga kali dalam sukan Olimpik.
Namanya sering disebut dan digeruni oleh pihak lawan apabila berada didalam gelanggang.
Baru-baru ini Datuk Lee Chong Wei ada berkongsi beberapa keping gambar berserta kapsyen yang dikatakan romantik sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-7 di laman Instagram.
https://www.instagram.com/p/B4rNnp-gOIp/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Katanya, pada awal-awal perkenalan mereka dia mempunyai perasaan yang malu terhadap isterinya itu kerana tidak tahu sama ada dirinya akan diterima atau tidak.
Tambahnya lagi, dia ada meminta nasihat rakan sepasukannya cara untuk tackle wanita itu dan rakannya memberi cadangan untuk memetik kelopak bunga ros untuk diberi kepada wanita itu dan lihat respon dia sama menyukai Chong Wei atau pun tidak.
Tapi, selepas 16 tahun berlalu, wanita yang menjadi dambaan hatinya itu telah menjadi ibu kepada dua orang anak lelaki Chong Wei.
“Saya orang yang paling bertuah di dunia kerana berjaya memiliki awak.”
“Saya mohon maaf kerana tidak berada di samping awak ekoran komitmen kepada kerjaya.”
“Orang cakap, saya bertuah sebab menang banyak trofi. Tapi pada saya, saya bertuah kerana telah memenangi hati awak.” Katanya.
Rata-rata netizen yang membaca luahan hati yang ditulis oleh Datuk Lee Chong Wei itu menjadi cair kerana menganggap ia romantik dan dianggap tahu menghargai isteri.
Semoga perkahwinan mereka ni sampai ke akhir hayat.