“Next episod awak jaga ok?” – Penangan Drama Sweet Dream, Netizen ‘Emo’ Sampai DM Pelakon Untuk Bagi Hint

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Nampaknya demam Drama Sweet Dream di Astro Ria semakin dirasai, gandingan Mira Filzah dan Ben Amir ini telah membuatkan netizen cair dengan watak Puteri dan Qash dalam siri itu.

Impaknya sampai netizen naik emo bila mengikuti jalan cerita tu sampaikan ada yang terbawa-bawa watak itu sampai ke Twitter. Tak pasal-pasal Mira Filzah, Ben Amir dan Sean Lee Jia Ern dapat DM.

 

Nanti next episod awak jaga ok dengan ayah awak – Netizen

Kalau ada yang follow drama ni, difahamkan sekarang ni Qash ada dapat mimpi buruk dimana akan ada malapetaka menimpa dirinya, sekaligus mengeheret Puteri dalam situasi bahaya tersebut sebab dipercayai ayah kepada Puteri nak tikam Qash.

Disebabkan jalan cerita tu akan bersambung, netizen pun jadi emo. Terus mesej mereka bertiga konon nak bagi tahu apa yang terjadi nanti.Tersengih je admin baca perangai tingtong diaorang ni.

.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka ni. Mesti diaorang bertiga geleng kepala je bila dapat DM ni.

 

Sweet Dream

Drama arahan Michael Ang yang diinspirasikan daripada novel Sweet Dreams karya Acik Lana ini menampilkan gandingan Ben Amir dan Mira Filzah bersama barisan pelakon lain seperti Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Yusuf Bahrin, Nasz Sally, PU Azman dan Didi Astillah.

Siri ini bersiaran dalam slot MegaDrama pada setiap Isnin hingga Khamis, 10:00 malam.

 

Baca : “Muka nampak penat, tapi masih comel” – Netizen Puji Mira Filzah Tetap Layan Peminat Walaupun Penat

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.