in

Robot Anjing Jadi Trend Di China, Mungkin Akan Jadi Haiwan Peliharaan Lebih Popular Daripada Anjing Sebenar?

robot anjing China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ciptaan robot anjing bukanlah sesuatu ciptaan yang sangat aneh. Semasa majoriti negara-negara di dunia masih dibelengu kes jangkitan COVID-19 yang kian meningkat, Singapura telah menjadikan robot anjing sebagai ‘mata-mata’ bagi memastikan rakyat negara republik itu sentiasa mematuhi penjarakan fizikal.

robot dogs 750x471 1 e1665292972378

Meskipun sudah lama berada di pasaran, robot anjing ini dilihat semakin menjadi trend dalam kalangan warga belia di China sebagai haiwan peliharaan. Malah, disebabkan semakin ramai orang di China dilihat membawa robot anjing ini berjalan seperti mana anjing sebenar, robot ini dikatakan berkemungkinan akan jadi lebih popular daripada anjing sebenar.


Bagi pencinta haiwan, memelihara robot anjing mungkin disifatkan sebagai tidak sama dengan memelihara haiwan sebenar sebab yelah kan, tu kan hanya robot yang tidak bernyawa, kajian pula mendapati, populariti robot anjing sebagai haiwan peliharaan meningkat kerana ia tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi. Betul jugak tu. Beli sekali je yang mahal lepas tu kalau jaga elok, mungkin boleh tahan lama. Plus, robot tak payah makan.

robot dogs2 e1665293007606

Robot-robot anjing yang banyak ‘dipelihara’ golongan muda di bandar dihasilkan sendiri negara berkenaan. Selain itu, ia juga dilengkapi beberapa ciri seperti mengetahui arahan asas seperti duduk dan berlari. Malah, robot anjing juga boleh mengangkat berat maksimum lima kilogram.

Tidak cukup dengan itu, ‘haiwan peliharaan’ moden ini turut dilengkapi kamera di bahagian kepalanya yang membenarkan robot ini mengenalpasti tuannya dan mengelak halangan.

robot dogs3 e1665293056107

Kalau korang nak tahu. di China, harga bagi satu robot anjing dianggarkan berjumlah antara RM9,800 hingga RM65,000 bergantung pada kualiti, ciri tambahan dan jangka hayat bateri.

Bateri robot anjing ini pula dikatakan mampu bertahan sehingga sekitar 45 minit.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Dunia makin canggih weyh” – Gempak! Ini Idea Unik Singapura Dalam Atasi Covid-19, Robot Anjing Jadi ‘Pemerhati’

Untitled design 4 2 e1665290878848

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.