Untuk generasi-generasi 80 an dan 90 an, pasti korang familiar dengan anak patung Chucky kan? Filem Child’s Play yang menceritakan seorang pembunuh bersiri yang memindahkan rohnya ke dalam satu anak patung tu.
Bagi generasi sekarang mereka lebih kenal patung Annabelle dan pasti ramai dah tahu yang patung Annabelle itu wujud.
Tapi tahukah korang patung Chucky ni juga daripada kisah benar? Cuma ditokok tambah untuk jadi cerita dan nak patung itu adalah…
Robert The Doll
Menurut sumber yang telah diadaptasikan semula oleh @afeekz_ patung Robert dinamakan oleh tuannya sendiri yang bernama Robert Eugene Otto. Patung ini dihadiahkan oleh pembantu rumahnya.
Kisah ini terjadi pada tahun 1906. Patung Robert ni takde lah comel mana pun. Buruk je. dengan ketinggian 3 kaki, bentuk pun nampak macam handmade & berpakaian sailor.
Katanya, dulu ada satu orang gaji ni menjadi mangsa dera keluarga Gene’s. jadi, dengan perasaan berang & sifat dendam, dia gunakan pengetahuan voodoo dia untuk letak sumpahan dekat patung Robert ni.
Eugene & Robert memang selalu berkepit. Ke mana mana selalu bersama. Dekat meja makan pun, Robert mesti ada dekat sebelah Eugene (Robert Eugene/tuan patung).
Nampak comel je hubungan dorang. tapi, di sini lah bermula apabila bunga sudah kehabisan madu.
Terdengar ‘suara’ Robert berbual dengan tuannya
Ibu bapa Eugene mula sedar dengan perangai pelik Eugene bila berinteraksi dengan Robert. Mereka mula rasa tidak selesa bila mereka selalu dengar suara Robert balas bualan si Eugene ni.
Pada awalnya mereka ingat suara Robert tu adalah hasil suara Eugene yang dibuat oleh Eugene sendiri. Jadi mereka berfikir positif & tidak ambil kisah tentang isu ini.
Terdengar bunyi bising dalam bilik
Semakin lama Robert stay dengan family ni, semakin banyak perkara pelik berlaku. Pada satu malam, ibu bapa Eugene terjaga dari tidur sebab terdengar bunyi bising macam barang dicampak campak ke dinding.
Bila mereka masuk, memang barang bersepah & Robert cuma duduk terpaku di atas meja belajar. tetapi, dalam masa yang sama Eugene ditemui di penjuru bilik sambil duduk dalam keadaan ketakutan sambil berkata “Robert did it”.
Tetapi macam biasalah, mak bapak ni tak percaya kata anak anak dia bila sebut benda-benda pelik ni. Jadi, Robert masih jadi “bestfriend” Eugene sampai lah Eugene besar & jadi seorang penulis.
Sembunyikan dalam loteng rumah
Bila dah besar panjang, mana ada dah nak bermain dengan patung kan? Jadi Eugene simpan Robert dekat loteng rumah & kunci rapat-rapat sampai lah tiba saatnya Eugene kahwin mula hidup bahagia.
Satu hari, mak ayah Eugene telah pun meninggal sebab sakit tua. Selepas kematian parents si Eugene, dia kembali ke rumah lamanya untuk ambil Robert yang telah lama dikurung di loteng.
Tapi bini dia bagus. Dia bantah cukup-cukup supaya Eugene tak bawa balik patung Robert tu sebab nampak scary.
Jadi Eugene bawa Robert ke ruang tamu & letak Robert di atas kerusi menghadap tingkap supaya Robert boleh lihat suasana luar.
Penduduk kawasan nampak kejadian aneh dari luar rumah
Eugene letak nota “His name is Robert”. Eugene tinggalkan rumah itu bersama Robert & menjual rumah itu.
Sejak dari tu, penduduk kawasan tu mula nampak kejadian aneh dari rumah tu. Mungkin marah sebab dikurung lama dekat loteng.
Eugene dapat aduan penduduk situ cakap mereka selalu nampak Robert bergerak dari setiap bilik ke setiap bilik & mengintai di tingkap setiap hari. Bukan sorang dua yang nampak, tapi ramai.
Fed up dengan makcik-makcik bawang yang selalu complain, Eugene pergi rumah tu & kurung Robert dalam loteng semula.
Selain daripada nampak Robert berlari ke setiap bilik, penduduk sana juga selalu dengar suara ketawa kecil dari rumah tu. Sebab tu si Eugene kurung Robert dalam loteng balik sebab taknak ganggu ketenteraman penduduk sana.
Eugene meninggal dunia pada tahun 1974, jumpa ‘owner’ baru..Robert dihantar ke Key West Museum.
Robert terus dikurung sampai lah Eugene meninggal pada tahun 1974. Dipendekkan cerita, Robert telah ditemui semula setelah keluarga baru berpindah ke rumah tu. Robert ditemui oleh anak mereka yang berumur 10 tahun.
Bila anak mereka mula berkawan dengan Robert, kejadian pelik yang sama berlaku di mana setiap malam mereka dengar bunyi barang dilempar kedinding. akhirnya, Robert dihantar ke Key West Museum & diletakkan dalam satu peti kaca.
Ada pantang larang
Robert juga adalah satu satunya display museum di mana sesiapa pun dilarang untuk ambil gambar. setiap kali ada orang yg langgar rules ni, dorang mesti letak nota minta maaf sebab kacau Robert di rumah baru nya itu.
Sampai sekarang, Robert sering jadi tumpuan utama pengunjung di museum itu & pengunjung juga akui mereka rasa aura aneh bila berdekatan dengan display Robert.
Baca : “Ramai anggap rekaan semata-mata tapi..” – 10 Filem Seram Ini Diadaptasi Daripada Kisah Benar