Indeks Billionair Bloomberg memaparkan ranking semasa kekayaan manusia terkaya di dunia beserta nilai kekayaan bersih mereka.
Menerusi indeks yang dikemaskini sehingga hari ini tersebut, Elon Musk mengungguli tempat pertama dengan nilai kekayaan USD 179 bilion, diikuti Bernard Arnault dan Gautam Adani, konglomerat multinasional yang terlibat dalam pembangunan dan operasi pelabuhan di India.
Mengikut laporan yang dikeluarkan Bloomberg berkenaan, Tan Sri Robert Kuok, pengasas rangkaian Shangri-La Hotels and Resorts yang terkenal di peringkat antarabangsa tersenarai di tangga ke-100 indeks berkenaan.
Difahamkan, beliau mempunyai kekayaan bersih sebanyak USD 14.9 (RM70.5 bilion) menerusi pelbagai jenis perusahaan seperti hotel, hartanah serta komoditi selain merupakan pemilik kepada Wilmar International, syarikat penapis minyak sawit terbesar di dunia.
Sementara itu, hartawan asal Indonesia, Budi Hartono menjadi manusia terkaya di Asia Tenggara selepas menduduki tangga 69 indeks tersebut dengan aset USD 19.4 (RM91.8 bilion).
Berikut adalah senarai manusia terkaya di Malaysia menurut senarai yang dikeluarkan Forbes :
- Tan Sri Robert Kuok – – RM70.5 bilion
- Tan Sri Quek Leng Chan – RM44.7 bilion.
- Tan Sri Teh Hong Piow – RM24.8 bilion
- Tan Sri Ananda Krishnan – RM24 bilion
- Tan Sri Koon Poh Keong – RM21.9 bilion
- Dato’ Lee Yeow Chor and Lee Yeow Seng – RM20.2 bilion
- Tan Sri Chen Lip Keong – RM10.9 bilion
- Tan Sri Lau Cho Kun – RM8.8 bilion
- Kuan Kam Hon – RM8.4 bilion
- Tan Sri Lim Kok Thay – RM8.4 bilion
Difahamkan ranking indivitu terkaya di dunia edisi ke-36 oleh Forbes pada 2022 menyaksikan sejumlah 2,668 bilionair telah tersenarai senarai itu berbanding 2,755 yang dipaparkan tahun lepas walaupun kesan ekonomi akibat pandemik, perang dan faktor lain.
Tahun ini juga menyaksikan sejumlah 236 pendatang baru berjaya masuk ke dalam senarai tersebut tahun ini.
Baca : Ramesh Babu : Si Tukang Gunting Jutawan Yang Miliki Ratusan Kereta Mewah Termasuk Rolls Royce