in

“RM 20 for ride. RM 30 for your kindness”- Sifat Kebaikan Pemandu Grab Malaysia Dipuji Pasangan Singapura

Swdw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kalau sesiapa pernah menaiki Grab mahupun Uber, mereka pasti sudah biasa dengan sistemnya. Kalau mahu memesan Grab atau Uber anda perlu menaip lokasi pick-up dan drop off point. Mereka akan menjemput dan menghantar anda berdasarkan point yang telah anda masukkan dalam aplikasi tersebut.


Grab New App
gambar hiasan

Jika anda tersalah masukkan drop off point anda, anda tidak boleh menukar semula destinasi anda kerana ia dianggap melanggar undang-undang aplikasi tersebut.

Namun sebuah perkongsian yang dikongsi oleh seorang pemandu Grab di Facebook telah menarik perhatian para netizen apabila tindakannya dipuji oleh pasangan India yang berasal dari Singapura gara-gara mengubah lokasi yang ditetapkan pasangan tersebut walhal mengetahui tindakannya itu melanggar peraturan yang ditetapkan Grab.

Menurut Fadhli Sahar, dia telah menjemput pasangan tersebut di Hotel Empire dan lokasi penghantarannya mereka adalah di USJ 21. Apabila ditanya semula, ternyata lokasi drop off mereka berbeza dengan lokasi yang mereka hendak pergi iaitu di USJ 6. Pasangan tersebut mengalami kecelaruan kerana mereka baru belajar menggunakan aplikasi tersebut dan hanya copy paste sahaja alamat mereka di aplikasi berkenaan.

Mereka bingung apabila Fadhli mengatakan alamat yang mereka masukkan itu salah.

“Then, how? If you drop me here I don’t know where to go.”

Fadhli yang kasihan melihat mereka berdua bertindak mematikan signal di aplikasi Grab dan bertindak menghantar mereka secara ‘offline’. Yelah kalau diikutkan tindakan Fadhli ini salah sebab melanggar undang-undang.

Setibanya di lokasi, mereka menghulurkan Fadhli sebanyak RM 50 walhal tambangnya hanya RM 25 termasuk caj tambahan RM 5. Apabila Fadhli cuba menghulurkan baki mereka menolak.

It’s ok. RM 20 for your ride. RM 30 for your kindness. Your kindness is more expensive than fare.”

Giphy

Fadhli juga turut berkongsi satu lagi pengalaman yang dialaminya sewaktu terlanggar sebuah kereta di Glenmarie. Pemandu tersebut langsung tidak marah malah bertutur sopan sewaktu insiden itu berlaku. Teringat akan kata-kata warga Singapura tempoh hari, Fadhli bertindak membayar ganti rugi lebih kepada lelaki berkenaan.

20728038 10214306594562850 8771355387086809722 N
sumber: facebook

Betullah apa orang kata. Berkelakuan baik dan sopan jauh lebih mahal dari wang dan harta benda. Sikap sebegini memang jarang dijumpai lagi-lagi pada zaman sekarang. Kami harap perkongsian dari Fadhli ini dapat dijadikan sebagai contoh kepada semua orang di luar sana. 

Baca: Pemandu Grab Dapat ‘Pick-up Point’ di Tanah Kubur Jam 3 Pagi Tetapi Rupa-rupanya…

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.