in

“Risau jiran ceni” – [VIDEO] Penduduk Takut Jiran ‘Puaka’ Buat Kacau Siap Bawa Kayu

Jiran Kacau Bawa Kayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kehidupan berjiran, kita haruslah saling menghormati sesama jiran untuk mewujudkan keharmonian penduduk. Tapi, kalau keharmonian antara jiran tu tak ada macam mana?

Macam baru-baru ini, tular di laman sosial Tiktok tentang seorang lelaki yang menggangu jirannya di sebuah kawasan perumahan dipercayai di Kuala Lumpur hingga menyebabkan jiran lain trauma untuk keluar rumah.


Dari video tersebut, boleh nampak seorang lelaki berseluar pendek berlegar-legar di hadapan rumah mangsa sambil memegang sebatang kayu serta megetuk pintu pagar beberapa kali.

https://www.tiktok.com/@bossnutz89/video/7156127273257618714?_d=e14cmjl73j9b8l&_r=1&is_from_webapp=v1&item_id=7156127273257618714&language=en&mid=6817164426995566593&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_iid=7137120668504606491&share_item_id=7156127273257618714&share_link_id=a4b8e9e4-09c3-4fc0-8509-c04e55a7458a&source=h5_t&timestamp=1666260477&u_code=dl89cikjgg64h0&ugbiz_name=Main&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy

 

Tindakan lelaki itu telah membuatkan isteri, anak serta ibu mangsa berasa takut untuk keluar rumah.

Menerusi perkongsian akaun @FahmiAli di Tiktok, ini bukan kali pertama lelaki itu membuat kacau di halaman rumahnya.

Malahan, pihak polis telah berkali-kali menerima laporan aduan tentang individu yang sama dari jiran-jiran sebelum ini. Setelah video berkenaan tular, pihak polis telah berjaya menangkap lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.

https://www.tiktok.com/@bossnutz89/video/7156470639384218906?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

 

Bagaimanapun, tiada tindakan susulan yang dibuat kerana lelaki tersebut merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) ekoran mempunyai masalah mental.

Bukan itu saja, ibu kepada lelaki tersebut juga difahamkan tidak mampu untuk menghalang tindakan luar kawalan anaknya kerana dipercayai dia berada di bawah pengaruh dadah.

Screenshot 2022 10 21 121404

“Nak cerita pun tak tahu nak mula dari mana. Bayangkan, ibu dia pun reda kalau anak mati. Hidup pun menyusahkan orang,” lapor Kosmo.

Takut ada kesian pun ada dekat mangsa, harap pihak polis dapat menyelesaikan kes ini dan tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang..

Baca : “Dia sebaik-baik manusia” – Jiran Dakwa Suspek Kelar Isteri Sempat Belanja Orang Kampung Sarapan

Ft Jiran Trauma Tengok Lelaki Kelar Isteri 758X399 1

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.