Dato Azizulhasni Awang atau dikenali sebagai The Pocket Rocketman merupakan jaguh sukan berbasikal trek Malaysia. Beliau mendapat gelaran tersebut kerana tubuh badannya yang kecil. Beliau merupakan pelumba yang kini menduduki ranking nombor 1 dunia bagi acara Keirin.
Semalam kecoh di media sosial, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar Dato Azizulhasni dengan basikalnya dan meletakkan caption harga setiap satu komponen basikal milik beliau.
Trivia : Pecahan harga bagi setiap komponen basikal Dato Azizul
.
Rangka : RM147 000
Fork : RM29 000
Handle bar : RM58 000
Rim depan : RM35 000
Rim belakang : RM35 000
Chain ring : RM700
Power meter : RM11 000
Tayar depan & belakang : RM3000
Rantai : RM750
Sprocket : RM120 https://t.co/YHV7NEfueo pic.twitter.com/QZD2ciw8xh— StorKasutBundle ?? ?? (@StorKasut) August 3, 2021
“Siapa je tak terkejut dengar harga basikal tu”
Menurut Astro Awani, harga basikal milik Dato Azizulhasni direka dengan harga mencecah RM13 juta. Namun, beliau mendedahkan bahawa harga sebenar basikal model WX-R Vorteq yang akan digunakannya di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidaklah semahal seperti yang disangka. Gugur jantung min dengar…
Menurut pemilik account Twitter @StorKasut, setiap komponen basikal tersebut mempunyai harga yang berbeza dan jumlah harganya hampir mencecah RM 300,000 .
“Harga spoket motor aku baru RM45 je”
Beberapa pengguna Twitter yang memberi komen tentang harga basikal tersebut meluahkan rasa terkejut dan tak percaya. Ada juga komen lawak yang buat min geli hati. Haish.. ada-ada je korang ni…
Dato Azizulhasni menyatakan pelaburan besar dilakukan ISN itu adalah menerusi kerjasama dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd. yang menekankan teknologi aerodinamik dan berat fizikal basikal bagi menyesuaikan dengan karakter pelumba. Maka tidak pelik la harga basikal tu mahal, lapor Berita Harian.
Pada jam 2:30 petang waktu Malaysia harini, jaguh berbasikal trek Malaysia, Dato Azizulhasni Awang akan memburu pingat emas yang pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Semoga Dato Azizulhasni dapat bawa balik pingat emas yang pertama, amiin….