Setiap kali mahu berkongsi tentang sesuatu dengan pengikutnya di media sosial, pasti ada sahaja yang tidak kena sehinggakan dia sering dikritik dan dikecam netizen. Itulah yang berlaku kepada jutawan kosmetik atau lebih dikenali sebagai abang terlajak laris, Dato’ Seri Aliff Syukri.
Sekali lagi, pengasas D’Herbs itu terpalit kontroversi selepas memuat naik gambar penyata tahunan 2017 KWSP miliknya di Facebook hari ini.
![alif](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/10/alif.jpg)
Melalui entri itu, Aliff menulis,
Apabila ada kawan korang posting mengambarkan kejayaan dan motivasi. Berilah sokongan, doakan kejayaan beliau supaya kamu juga didoakan org ataupun malaikat bukan dok mengutuk.”
Aliff turut berkata bahawa wang simpanan duit gajinya itu akan digunakan untuk membayar deposit rumah barunya di Pavilion, Kuala Lumpur. Wahhh, mesti mewah!
![aliff 2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/10/aliff-2.png)
Perkongsian Aliff itu seperti biasa mendapat perhatian ramai netizen di mana rata-rata memberikan reaksi negatif. Mereka beranggapan bahawa Aliff bersikap riak dan sengaja menunjuk-nunjukkan kekayaannya dengan alasan mahu memberikan inspirasi kepada orang lain.
![komen 1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/10/komen-1.jpg)
![komen 2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/10/komen-2.jpg)
![komen 3](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/10/komen-3.jpg)
Bagaimanapun, ada juga yang beranggapan bahawa netizen hanya dengki dengan kejayaan dikecapi jutawan itu, menyebabkan mereka sentiasa berfikiran negatif.
![komen 4](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/10/komen-4.png)
![komen 5](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/10/komen-5.png)
![komen 6](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/10/komen-6.png)
Ada juga yang menasihati Aliff supaya mengambil pendekatan untuk lebih merendah diri dan mencontohi sikap Rasulullah SAW serta jutawan terkenal antarabangsa.
![komen humble 3](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/10/komen-humble-3.png)
![komen humble 1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2017/10/komen-humble-1.png)
Mungkin mereka tegur kerana mereka mengambil berat tentang Dato’ Aliff kan? Semoga teguran netizen diterima dengan sikap terbuka sebagai salah satu semangat untuk Dato’ Aliff memperbaiki diri di masa akan datang 🙂
Baca: Nak Beli Nombor Plat Kereta Baru, Komen ‘Win’ Netizen Ini Buat Aliff Syukri Istighfar