Anak merupakan cerminan kepada ibu bapanya, bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Mempunyai anak juga merupakan sebuah tanggungjawab yang besar kerana secara tidak langsung, ibu bapa akan membentuk masyarakat masa hadapan.
Sebuah perkongsian oleh pasangan selebriti terkenal tanah air, Johan dan Ozlynn telah menarik perhatian netizen.
https://www.instagram.com/p/CcBsmsVPnA_/?utm_source=ig_web_copy_link
Posting itu merupakan tangkap layar daripada mesej diantara Ozlynn dan anak sulungnya, Ariq. Dalam mesej tersebut, Ariq menunjukkan sifat tanggungjawabnya sebagai seorang anak malah, dia juga mengingatkan kepada dirinya sendiri bahawa dia perlu berjimat untuk adik-adiknya yang lain.
“Dia anak yg ajar kami semua perkara jadi baru, dia yg merasa segala kesusahan dgn kitorg jugak, dia jugak anak yg selalu kena belasah dgn papa, dan dia jugak anak yg selalu papa sebut2 dan bangga pada semua org. Ye, dia anak yg semakin meningkat dewasa semakin menyenangkan hati. Alhamdulillah.”
Dalam posting tersebut, Ariq berkongsi perbelanjaan bulanannya termasuklah barangan peribadi dan juga makanan, malah dia juga turut berkongsi bagaimana dia menggunakan sebuah aplikasi untuk membantunya menguruskan kewangan.
“Masyallah anak soleh”
Ramai rakan artis dan netizen memuji kematangan anak sulung pasangan selebriti tersebut yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Dublin, Ireland. Malah, tidak kurang juga mereka yang mendoakan kesejahteraan keluarga itu.
Semoga keluarga ini sentiasa diberkati!
Baca: Kapsyen Instagram Erry Putra Bikin Ramai Tak Selesa, Lagi Artis Lelaki Buat Hal?