in

Kapsyen Instagram Erry Putra Bikin Ramai Tak Selesa, Lagi Artis Lelaki Buat Hal?

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kecoh apabila babak panas melibatkan Zul Ariffin dan Siti Hariesa dikecam ramai sehingga mendapat perhatian pihak berwajib. Kejadian tersebut membuatkan Zul Ariffin yang sebelum ini diminati ramai, seolah-olah kena ‘cancel’ oleh warganet Malaysia.


Turut pernah mendapat perhatian ramai, pengakuan Fauzi Nawawi dalam satu rancangan sebelum ini turut dikecam apabila dia mengaku berasa ‘turn-on’ ketika melakonkan babak rogol bersama pelakon wanita.

Lagi artis lelaki buat hal?

Terbaharu, Erry Putra menjadi bualan panas warganet apabila pelakon ini memuat naik satu hantaran yang dipercayai adalah promosi untuk drama lakonannya.

Dalam hantaran tersebut, Erry Putra memuat naik gambar bersama seorang pelakon wanita yang lain dengan kapsyen yang agak kurang sopan.

A

Dengan kapsyen “Rogollll time” yang turut diletak bersama emoji menjelir lidah dan percikan air, warganet mendakwa Erry Putra bersikap tidak profesional dan tidak menjaga sensitiviti dengan menggunakan lawak lucah.

Apa reaksi warganet?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dengan kualiti pelakon lelaki yang ada di Malaysia kerana sering menimbulkan isu dan membuat konten lucah.

“Nak tiru jul aripin punya cheap disgusting statergy”, komen seorang warganet tentang kapsyen yang ditulis oleh Erry Putra.

Untuk rekod, masih tiada lagi kenyataan rasmi daripada Erry Putra berkenaan kapsyen hantaran tersebut.

BACA: Zul Ariffin Kongsi Trailer Drama Melayu, Siap Ada Babak Panas Persis Filem Dewasa

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.