Tak faham betul, dalam dunia yang serba canggih ni pun masih ada lagi yang berani-berani cuba nak menggatal dekat media sosial belakang pasangan dorang.
Baru-baru ini, seorang lelaki telah tercyduk bila seorang pengguna Twitter telah mendedahkan perangai gatalnya. Lebih teruk lagi, dekat profile Twitter lelaki ni, terang-terang dia tunjuk yang dia dah pun berkahwin dan ada anak!
Ingat aku tak kenal kau aku tak boleh jumpa ig bini kau ke?
Pengguna Twitter tersebut telah memuatnaik beberapa screenshot perbualan antara dia dan lelaki tersebut beserta aduan yang dia buat kepada isteri lelaki itu.
Aku tak tahu apa jenis suami si bodoh ni. Aku dah buat benda ni banyak kali dan aku tak akan stop. Ingat aku tak kenal kau aku tak boleh jumpa ig bini kau ke.”
Dalam screenshot dekat bawah ni, korang boleh tengok, pada awalnya bila lelaki ni approach pengguna Twitter itu, wanita itu melayan dia dengan baik.
Namun, bila dia dah mula nak tunjuk belang, wanita tersebut terus ingatkan lelaki ni tentang status dirinya sebagai suami orang. Tapi lelaki ni macam buat-buat tak faham dan siap berani cakap nak mengandungkan wanita tu lagi. Amboi!
Kerana tak tahan dengan gangguan non-stop lelaki ini, pengguna Twitter itu kemudiannya membuat keputusan untuk mendedahkan perangai sebenar lelaki ini serta memberikan screenshots ni ke IG isterinya.
Kenapa yang dah kahwin ni lagi horny?
Netizen di post ini turut mengecam tindakan lelaki tak sedar diri ini…
Bini menggigil dalam office
Kalau korang nak tahu, menurut pengguna Twitter ni, wife lelaki ni memang tak tahu suami dia buat macam ni dekat belakang dia tau! Siannya…
Aduhai, kesiannyalah bini dia, tak pasal-pasal je kantoi…
Baca: Suami Kantoi Atas Katil Dengan Nenek 72 Tahun