in

“Rentas negeri on weekdays je?” – Netizen Tak Puas Hati Polis Perketat Syarat Negeri Untuk Isnin Hingga Khamis Saja

Polis 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan peningkatan kes COVID 19 di Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.


Menurut Astro AWANI, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pergerakan ini juga dibenarkan hanya bagi tujuan pekerjaan, kecemasan, kematian, perubatan, pendidikan dan pasangan jarak jauh sahaja.

Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

“Sekiraranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan. 

“(Bagaimanapun) ini tidak termasuk bagi urusan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh,” katanya.

Pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti majlis perkahwinan atau apa-apa majlis serta jamuan adalah dilarang.

Ia akan dikuatkuasakan sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas oleh polis.

 

“Berilah kelonggaran untuk ziarah ibu bapa yang uzur” – Netizen

Rata-rata netizen walau bagaimanapun seperti kurang bersetuju dengan arahan terbaru daripada pihak polis ini kerana kebanyakannya tidak dapat merentas negeri untuk melawat ibu bapa mereka di kampung.

Ramai yang menanggung rindu tu nak melawat ibu ayah di kampung kan? 

Maroh

Harap kita semua banyakkan bersabar. Sempena bulan Ramadan ni, kita sama-sama doakan semoga wabak ini cepatlah hilang dari dunia ini. Amin. 

Baca: “Kesan COVID 19 melalui hembusan nafas” – Indonesia Mula Guna Ujian GeNose Sebagai Syarat Untuk Rentas Wilayah

Genoise

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.