Dengan peningkatan kes Covid-19, beberapa negara telah mengambil tindakan drastik demi membendung wabak ini daripada terus menular. Sebelum Malaysia, Korea Selatan menjadi negara paling teruk dijangkiti Covid-19 selepas China. Disebabkan itu, kerajaan mereka mengambil langkah untuk menangani isu penularan wabak ini.
Konsert BTS batal
Sudah tentu aktiviti sosial terpaksa dibatalkan dan ini termasuklah mana-mana konsert yang bakal berlangsung. Kumpulan K-pop popular, BTS dijadualkan mengadakan 4 konsert Map of the Soul iaitu pada 11-12 April dan 18-19 April.
Tidak terkecuali dengan aktiviti sosial yang lain, konsert besar-besaran ini juga terpaksa dibatalkan dek kerana peningkatan dalam kes Covid-19. Penyanyi utama kumpulan itu, Kim Nam-joon atau lebih dikenali sebagai RM telah meluahkan perasaannya melalui sebuah video selepas konsert itu diumumkan terpaksa dibatalkan.
https://www.instagram.com/p/B71JljPnICu/
“Saya menjerit dan rasa sangat marah!”
Kata RM, ketika berada di rumah dia tidak dapat kawal perasaan kecewa dan sedihnya membuatkan dia menjerit secara tiba-tiba. Namun dia sedar, tiada apa yang boleh mereka lakukan kerana perkara sebegini telah pun ditetapkan.
Tiba-tiba, saya mula menjerit dan rasa sangat marah, sebab saya rasa sangat tertekan, sebab secara realistik, tiada apa yang boleh kami lakukan.”
https://www.instagram.com/p/B8eJjHDBSYB/
Lebih membuatkannya kecewa adalah kerana mereka tidak dapat membuat persembahan dan menghiburkan semua peminatnya. BTS juga telah menghentikan aktiviti mempromosikan konsert itu di Seoul pada 9 Mac lepas.
Saya kecewa sebab tak dapat buat persembahan di depan peminat. (Pembatalan) sangat menyedihkan saya tetapi tiada apa yang boleh kami lakukan.”
Tetapi latihan, persembahan dan masa yang telah kami peruntukkan unuk album ini tidak akan hilang, begitu juga cinta dan galakan kamu semua (peminat).”
Saya percaya berita baik akan muncul untuk peminat kami nanti.”
“Sedih tengok dia menangis” – Peminat
Melalui ruangan komen di Youtube, peminat BTS yang digelar ARMY meluahkan rasa sedih kerana turut berasa kecewa apabila melihat penyanyi kesayangan mereka ini menangis. Tetapi mereka faham pembatalan konsert itu adalah demi menjaga kesihatan dan kebaikan semua orang.
Kata mereka, pembatalan konsert itu membuatkan hati mereka remuk namun rasa itu tidak setanding dengan kesedihan mereka selepas melihat ahli kumpulan BTS bersedih.
Menurut SCMP, peminat BTS telah bersepakat untuk menyumbangkan duit pembatalan konsert itu kepada usaha pencegahan Covid-19 di negara mereka.
Tonton video di bawah:
Baca: [Terkini] Covid-19 : Malaysia Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Hingga 31 Mac 2020