in

Remaja Mengandung Dibunuh & Bayi Ditarik Keluar Dari Rahim Sebelum Mayatnya Dibuang Dalam Tong Sampah

Feat 8

Bulan lepas, seorang remaja yang tengah sarat mengandung dilaporkan hilang lepas dia tak muncul untuk jemput anak sulungnya dari rumah pengasuh.

Menurut Fox5, remaja yang berusia 19 tahun, Marlen Ochoa-Uriostegui dikatakan telah pergi ke rumah seorang wanita yang dia kenal melalui Facebook sebab wanita tu janji nak bagi stroller dan baju baby pada Marlen.

13605382 7038903 Image M 44 1558068135095
Sumber: daily mail

Nak dijadikan cerita, hari yang sama Marlen dilaporkan hilang, pihak polis dapat tahu seorang bayi pra matang dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan otak.

Apa yang mengejutkan, alamat rumah bayi tu sama dengan kawasan perumahan wanita yang Marlen nak pergi ambil barang baby tu! Takkan kebetulan kot?

So, Rabu lepas pihak polis menemui mayat seorang wanita dalam tong sampah di sebuah rumah di sana, dan lepas buat bedah siasat, pihak berkuasa mengesahkan yang mayat tersebut merupakan remaja yang dilaporkan hilang itu.

Hasil dari bedah siasat mendapati Marlen telah dicekik hingga mati dan bayi dalam kandungannya ditarik keluar dari perutnya.

Kami percaya dia dibunuh dan bayi tersebut dikeluarkan secara paksa selepas dia mati.”

Ekoran dari penemuan mayat tersebut, polis telah membuat ujian DNA ke atas bayi yang sedang berada dalam keadaan kritikal tersebut dan bayi tu memang sah bayi Marlen.

Pihak polis telah menahan keluarga yang tinggal di rumah tempat mayat Marlen ditemui.

“Kami percaya ketiga-tiga suspek ini sama-sama terlibat dalam pembunuhan kejam ini.”

Suami remaja malang, Giovanni Lopez merupakan orang pertama yang tiba di hospital sejurus selepas mengetahui tentang kematian isterinya dan keadaan bayinya yang sedang bertarung nyawa itu.

Walaupun sedih dan kecewa, Giovani sempat memberikan komen kepada media tempatan sambil menangis.

“Saya rasa sangat sedih, sakit, marah. Memang sakit bila kehilangan isteri, wanita yang paling saya sayangi.

“Kami akan dapat keadilan dari orang yang bertanggungjawab. Kami akan berjuang atas kematian isteri saya. Mereka tak tahu kesakitan yang mereka berikan pada kami.”

Laporan mengatakan, otak bayi mereka yang diberi nama Yavani Yadiel Lopez tidak berfungsi, tapi keluarga ini belum ada rancangan untuk mencabut sokongan hayat kerana mereka mengharapkan bayi ini boleh menggantikan kematian Marlen.

Kalau korang nak tahu, suspek-suspek ni dah lama rancang jenayah.

Dorang menggunakan platform media sosial untuk menjalankan kegiatan sindiket mereka dengan mencari mangsa yang terdiri daripada golongan wanita-wanita yang mengandung.

Modus operandi mereka adalah dengan menyamar sebagai wanita yang mengandung dan menipu golongan sama supaya tak ada orang akan syak kegiatan jahat dorang. Malangnya Marlen jadi mangsa kekejaman dorang.

Allahuakhbar, macam mana dorang ni boleh jadi kejam sangat? Nak anak sampai sanggup bunuh orang mengandung.

 

Baca: Atuk Mengandungkan Cucu Sebelum Cuba Gugurkan Kandungan Guna ‘Hanger’ Baju

Screenshot 2019 05 17 At 1.55.31 Pm