Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi satu majlis yang dihiasi dengan senyuman gembira. Lebih-lebih bagi pasangan mempelai yang diraikan.
Walau bagaimanapun, beberapa keping gambar yang memaparkan sepasang suami isteri di negara jiran, Indonesia menjadi buah mulut netizen gara-gara wajah pengantin perempuannya kelihatan masam mencuka.
Selain itu, apa yang menjadi perhatian netizen adalah usia pengantin perempuan berkenaan yang difahamkan baru berusia 19 tahun. Suami yang baru dinikahinya itu pula adalah ketua kampung dimana dia tinggal. Korang boleh agak sendiri kot berapa umur lelaki tu…
Rupanya ada udang disebalik mee???
Sumber melaporkan, rupa-rupanya ada kisah lain disebalik penyatuan terbabit yang sekali lagi mengejutkan pengguna media sosial.
Menurut seorang pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai Dewi Shinto, ibu gadis terbabit yang tak didedahkan identitinya menikahkan anak perempuannya itu dengan ketua kampung mereka gara-gara tidak mempunyai wang bagi membayar hutang.
“Cerita sebenarnya gini guys, si ibu ada hutang dengan ketua kampung tapi ibunya tak bisa lunasi hutang. Ketua kampung lantas ingin menikahi anak si ibu biar lunas hutang,” dedah Dewi Shinto.
Meninjau di ruangan komen, pendedahan pengguna terbabit ternyata menggemparkan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan si ibu. Tak kurang juga ada yang menyamakan insiden terbabit seperti drama di televisyen.
“Serius lah? Kok bisa si ibu sama si ketua kampung senyum gitu ya? Tak simpati sama si cewek? Mukanya udah pasrah banget,” komen netizen.
“Secara tak langsung ni dah macam jual anak,” tulis pengguna lain pula.
“Tak kisahlah apa asalannya, agama Islam tu kalau nikah sebab nak lunaskan hutang tu kan tak boleh,” kata yang lain.
“Kenapa bukan si ibunya aja yang menikah sama si ketua kampung?” tanya netizen lain.
Sumber: Suara Jabar
Baca: “Parents budak ni ada masalah” – Wanita Ini Sanggup Jual Anak Sedara Demi iPhone 11