in

Remaja 18 Tahun Tergamak B*nuh Ibu Sedang Solat Dengan Les*ng Batu, Didakwa Alami Sakit Mental

KES bunh ibu sedang solat

Entah apa yang merasuk remaja berusia 18 tahun ini apabila dia dilaporkan telah membunuh ibu kandungnya sendiri dalam satu kejadian menyayat hati yang berlaku di Kota Bengkulu, Indonesia.

Menurut Detik Jabar, wanita yang berusia 50 tahun itu meninggal dunia selepas dipukul oleh suspek menggunakan lesung batu. Ketika mangsa sudah jatuh tersungkur, suspek kemudian katanya menikam mangsa dengan pisau dapur pula. Allahu… 

Susulan kejadian itu, remaja berkenaan dilaporkan keluar dari rumah dan menuju ke rumah jirannya dan memaklumkan dia sudah membunuh ibunya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika ibu suspek sedang mengerjakan solat Zuhur sekitar jam 1 petang. Suspek juga telah ditahan pihak berkuasa sebaik menerima aduan daripada jiran tetangga.

Artikel berkaitan: Lelaki 20 Tahun Didakwa Bun*h Anak Kekasih Usia 19 Bulan

Artikel berkaitan: “Woi kau bun*h adik aku!” – Suasana Genting Di Mahkamah Bagi Kes Pembun*han Pelajar Uni Di Cyberjaya

rumah korban yang menjadi tkp pembunuhan 1754151350907 169

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Daerah Gading Cempaka, Inspektor Putra Agung, mangsa maut selepas ditikam tiga kali di bahagian leher dan dada, namun terlebih dahulu telah dipukul di kepala.

Pelaku melarikan diri dari rumah sebaik sahaja kejadian berlaku. Suspek memaklumkan kepada jiran bahawa dia telah membunuh ibunya serta meminta mereka menjaga dua adiknya,” katanya.

Remaja Perempuan Berinisial NR Bunuh Ibu Kandung

Berdasarkan keterangan para jiran, remaja tersebut dikatakan mempunyai sejarah gangguan mental namun perkara berkenaan masih lagi dalam siasatan.

Kes tersebut disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Bengkulu untuk mengenal pasti motif sebenar pembunuhan.

Dalam pada itu, jasad mangsa telah dihantar ke Rumah Sakit Bhayangkara Kota Bengkulu untuk bedah siasat.

Takutnya bila baca kes-kes macam ni… 

Sumber: mStar, Detik Jabar

Sumber: Detik Jabar
Sumber: Lensa Warga