in

Remaja 17 Tahun Enggan Keluar Solat Jumaat Kerana Takut Rindukan Isteri 71 Tahun

Nenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tidak kenal dengan Selamat dan Rohaya kan? Pasangan romantis Indonesia ini telah mendapat perhatian media baru-baru ini kerana kasih dan cinta mereka di antara satu sama lain.


Meskipun dengan jurang usia yang jauh, mereka tetap melengkapi antara satu sama lain. Minggu lalu, Selamat dan nenek Rohaya telah menggemparkan media apabila Selamat dikatakan mengurung isteri kesayangannya itu di rumah ketika keluar kerana takut dirampas orang. Alololo.

Kini Selamat sekali lagi mendapat perhatian apabila dia dikatakan enggan keluar rumah untuk menunaikan solat Jumaat kerana takut merindukan isterinya itu.

Nenek4
sumber: tribun bali

Menurut Tribun News, ketika hari dinikahkan, penghulu kampung telah memberikan nasihat buatnya supaya menjadi suami yang baik kepada isteri dan taat menjalankan perintah agama.

Rohaya juga turut mengingatkan suaminya untuk tidak meninggalkan solat namun Selamat sebaliknya enggan mengorak langkah, malah mengajak isterinya itu untuk mengikutnya ke masjid.

“Saya sudah mengingatkannya untuk rajin (menunaikan) solat. Saya beritahunya, ingat kata-kata penghulu, jika hari Jumaat (solat Jumaat) perlu pergi ke masjid. Dia malah mengajak saya mengikutinya pula,” kata Rohaya.

Selamat bagaimanapun berkeras untuk tidak keluar dari rumah dengan alasan takut rindu apabila terlalu lama di dalam masjid. Tak sampai dua jam pun solat Jumaat tu!

Nenek8
sumber: media hiburan

Kata-kata dari Selamat membuatkan isterinya itu bingung dan tidak sangka bahawa dalam hal menunaikan solat juga dia masih menunjukkan sikap manja.

Sikap kebudak-budakan Selamat ada kalanya membuatkan Rohaya geram dan dia perlu selalu mengingatkannya untuk menjadi suami dan pemimpin keluarga yang taat pada agama.

Rohaya kemudian menerangkan kepada Selamat bahawa perempuan tidak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, sebaliknya cukup sekadar solat Zohor di rumah.

Nenek1
sumber: banjarmasin post

Terdahulu, nenek Rohaya dilaporkan tidak sihat dan perlu digegaskan ke klinik kerana terlalu penat. Kenapa pulak ni?

Masakan tidak, baru sebulan mendirikan rumah tangga, mereka sudah menerima banyak jemputan temuramah di Indonesia selepas perkahwinan mereka tular. Macam selebriti kauuu!

Nenek0
sumber: tribun news
Nenek2
sumber: tribun news

Selepas berbulan madu di Jakarta, pasangan itu kini dikatakan sedang berusaha untuk mendapat cahaya mata pertama mereka.

Selamat mahukan nama Putri Permata Sari jika anak perempuan dan nama Andre Maulana untuk anak lelaki,” kata Rohaya lagi.

Nenek5
sumber: suratkabar
Nenek7
sumber: jawapos

Semoga mereka dikurniakan anak dan Selamat tidak lupa untuk menjadi ketua keluarga yang taat pada agama.

Baca: Remaja 17 Tahun Kurung Isteri Berusia 71 Tahun Dalam Rumah Kerana Takut Dirampas Orang

Bg 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.