Lampu isyarat adalah salah satu perkara yang amat penting kerana tanpanya, jalan raya akan menjadi sibuk dan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Traffic light ini seolah-olah menjadi penyelamat dan juga pembantu kepada orang ramai yang menggunakan jalan raya.
Walaubagaimanapun, kadang-kadang lampu isyarat ini mengalami masalah teknikal dan menyebabkan traffic jam.
Macam baru-baru ini, tular di laman sosial Tiktok yang memaparkan seorang ‘hero’ jalan raya kerana tindakannya untuk tampil menjaga trafik ketika lampu isyarat mengalami kerosakan.
https://www.tiktok.com/@khalie.azmi/video/7161342728414956827?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menerusi video yang dikongsikan oleh Khalie Azmi itu, dapat dilihat keadaan kereta yang sedang bersusun hanya kerana lampu isyarat tidak menyala.
Namun di tengah-tengah kesesakan itu, kelihatan seorang lelaki sedang membantu mengawal arus trafik bagi memudahkan dan mempercapatkan urusan pengguna jalan raya tersebut.
Dengan gaya seakan-akan polis trafik, lelaki berbaju hitam itu berdiri di tengah-tengah kawasan garisan kuning sambil mengawal kenderaan di kawasan tersebut dengan baik sekali.
Dia mengawal keadaan dengan tenang sehingga kesesakan yang berlaku tadi semakin pulih dan bergerak dengan lancar.
“Lama stuck kat T junction pagi tadi sebab traffic light rosak, give him some credit! Thank you abang yang baik hati. Power boleh control traffic. Its not easy okay.. salute,” tulis Khalie di ruangan kapsyen posting tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan lelaki berkenaan untuk tampil dan membantu walaupun sebenarnya bukan tugas dia untuk berbuat sedemikian.
Memang terbaik brader ni, kebaikan dia memang layak dipuji dan dijadikan contoh untuk semua sebab kalau dia tak turun dan bantu, mesti lagi lama semua jam dekat traffic light tu….
Baca : “3 jam shopping, 7 jam dalam kereta” – Ramai Stress, Jalan Sesak Teruk Masa Weekend