in

“Rasul Melayu” – Ajaran Sesat Haji Kahar Kembali Aktif Selepas 4 Tahun Bebas Dari Penjara

4.9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam semalam, ‘Rasul Melayu’ ditahan lagi selepas dibebaskan dan sudah melafazkan taubat 4 tahun yang lepas.


4.3

Pada hari yang penuh keberkatan ini, hamba-Mu ini memohon dan menagih keampunan-Mu ya Allah atas kedustaan yang dilakukan oleh diri ini terhadap Islam dan juga kedustaan ke atas kekasihmu, Nabi Muhammad SAW, penutup segala nabi dan rasul” Abdul Kahar Ahmad, 2016

Pada Oktober 2009, Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Abdul Kahar dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat. Pada Mei 2016 dia dibebaskan.

 

Kini, dia kembali dengan cara baru

4.5

Ketua ajaran sesat yang kembali aktif menyebarkan ajaran yang diharamkan oleh fatwa pada 1991 ini telah ditahan bersama 16 pengikutnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di tiga lokasi berasingan di sini malam semalam.

4.4

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata :

“Dia bersama 16 pengikutnya yang berumur lingkungan 14 hingga 70 tahun ditahan di tiga rumah di Kemensah di Ulu Klang, Sungai Long di Kajang dan Keramat, Kuala Lumpur dalam satu Operasi Khas Penguatkuasaan JAIS ke atas kumpulan itu.”

 

Ajaran Haji Kahar difatwakan sesat pada 28 Mac 1991

“Dia dipercayai mengamalkan Ajaran Haji Kahar Bin Ahmad yang difatwakan sesat dan diwartakan pada 29 Ogos 1991 oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor.”

Banyak claim yang dibuat Abdul Kahar yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Antaranya ialah mendakwa dirinya dilantik oleh Tuhan untuk menjadi Rasul Melayu menerusi surah Yasin dan surah Ibrahim ayat ke-4.

4.1

Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib.

Dalam ajaran Abdul Kahar, sembahyang adalah cukup sekadar membuat kebaikan dan menjauhkan diri dari kemungkaran.

Al-Quran yang sebenar berada di Luh Mahfuz

Dia tak percayakan Al-Quran yang ada sekarang. Katanya , Al-Quran yang sekarang adalah sebagai catatan sahaja.

Mengaku terima wahyu di Bukit Kemensah

Abdul Kahar claim yang dia terima wahyu di Bukit Kemensah sepertimana Nabi Muhammad SAW diturunkan wahyu pada 1400 tahun dulu. Dekat pula dengan area rumah min…

Giphy

Mendakwa dirinya mendapat pertolongan istimewa dari Allah SWT

Atau terma dalam Islam dipanggil sebagai ma’unah. Ianya berupa perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia dan merupakan pertolongan kepada orang tertentu.

Hadis hanya rekaan manusia

Selain tak percaya dengan Al-Quran, dia juga menolak hadis. Dakwanya, hadis hanyalah rekaan manusia yang dibuat setelah Nabi Muhammad SAW wafat.

Tak perlu solat Jumaat!

Solat Jumaat tak perlu tapi perlu hadiri majlis ilmu yang diketuai oleh dia.

Giphy

Ibadah Haji boleh dilakukan di mana-mana sahaja

Katanya, orang Islam tak perlu buat ibadah haji sampai ke Mekah, kat mana-mana pun boleh! Amboi senangnya.

 

Ajaran sesat ini dikesan semula melalui risikan dan maklumat awam yang diterima JAIS

Namun, kali ini mereka menggunakan modus operandi yang baru.

Dulu dorang sebarkan melalui blog, sekarang :

Mereka menggunakan kumpulan Whatsapp dan kumpulan Facebook untuk berinteraksi dengan pengikut, berkongsi pandangan dan sebarkan ajaran sesat” – Pengarah JAIS

Setelah beberapa bulan membuat risikan, barulah JAIS berjaya menahan mereka malam semalam.

Ini adalah antara rampasan yang diperoleh dalam serbuan :

4.6

4.7

“Dalam kumpulan Whatsapp itu, ada kira-kira 97 orang, yang ditahan 17, jadi JAIS sedang mengesan baki ahli kumpulan ajaran sesat ini.”

Mereka disiasat mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Doktrin Palsu) ; Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Dakwaan Palsu) dan Seksyen 12(c), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Menghina Pihak Berkuasa Agama).

Selain itu, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 13, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Pendapat yang Bertentangan Dengan Fatwa); Seksyen 16, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Penerbitan Agama yang Bertentangan Dengan Hukum Syarak) dan Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Percubaan).

 

Sumber : Malaysiakini , Harian Metro , slideshare

Baca : “Ayah Pin versi baru” – Ajaran Sesat Baru Kini Bertapak di Lembah Klang, Gabung Semua Agama Dalam Satu Kuil

4.2

Sumber: MAIS
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.