Malang tak berbau itu ayat singkat yang membawa mesej yang bermakna, walaupun dimana kita berada kita haruslah berhati-hati.
Tular di media sosial menunjukkan satu video ngeri yang berlaku di daerah Na Klang, Thailand seorang pemandu motosikal maut atas kecuaian orang lain.
Dilaporkan kejadian ini berlaku pada Isnin lepas kira-kira 1.30 petang.
Menerusi video tersebut pemandu motosikal itu cuba mengelak pintu kereta yang dibuka oleh individu yang tak bertanggungjawab meletakkan kenderaanya di tepi jalan.
Pemandu motosikal itu lalu terbabas dan jatuh di tengah jalan.
Lebih tragis lagi, lepas jatuh mangsa digilis lagi dengan sebuah treler yang datang dari belakangnya.
https://twitter.com/santeira/status/1250015902075990017
Perkongsian video oleh Santeira di laman Twitter ini telah membuat netizen marah atas kecuaian pemandu kereta itu.
Bagi mereka tindakan pemandu yang telah membahayakan orang itu dianggap biadap. Rata-rata mendoakan yang tak elok kepada pesalah itu.
Orang tu akan rasa bersalah seumur hidup
Tobat hidup tak tenteram
Jadikan ini iktibar, berhati-hatilah di jalan raya.
Baca: “Takut pulak nak naik lif”- Mengerikan! Pekerja Kilang Maut, Kepala Tersepit Lif