in

“Rasa lebih tenang” – Selepas 6 Tahun, Ibu Bapa Ikut Jejak Anak Peluk Islam

Peluk Islam Ikut Jejak Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang mukmin, sudah semestinya kehadiran ‘saudara’ baru merupakan satu berita gembira, lebih-lebih lagi orang yang memeluk Islam itu adalah saudara sedarah sedaging kita.

Seperti perkongsian terbaharu ini, ibu bapa seorang remaja berbangsa Cina telah memutuskan untuk memeluk Islam selepas enam tahun anaknya bergelar mualaf.


Kisah itu dikongsikan sendiri pasangan ini iaitu Lim Hun Kheng atau nama Islamnya, Abdul Rahman Kheng, 51, dari Pekan Tunjang bersama isterinya Wandee Sandaesa, 45, atau nama Islam Nur Wandee.

Artikel berkaitan: Remaja Sempat Peluk Islam Beberapa Minit Sebelum Hembus Nafas Terakhir

Dapat petunjuk melalui mimpi

Menurut Abdul Rahman Kheng, mereka berdua memeluk Islam selepas kedua-duanya mendapat petunjuk melalui mimpi kira-kira dua minggu lalu.

2682777

Katanya, pada mulanya dia bermimpi pergi ke pejabat agama untuk mengucapkan kalimah syahadah sebelum isterinya pula bermimpi didatangi lelaki berjubah putih seperti pakaian imam masjid malam berikutnya.

“Kami tidak bercerita antara satu sama lain sehinggalah beberapa hari selepas itu, kami bersembang mengenai kos rawatan isteri (warga Thailand), dia mengidap penyakit jantung dan memerlukan rawatan berkala di Hospital Satun.

“Keadaan jantungnya agak kurang baik dan memerlukan pembedahan segera dengan kos mungkin melebihi RM10,000, saya dan isteri pun bercerita mengenai mimpi masing-masing. Lalu kami terdetik mungkin ini tandanya kami juga perlu masuk Islam seperti anak kami (Firdaus Hong) yang kini sudah berusia 17 tahun,” katanya.

Bercerita mengenai perasaannya, dia berasa lebih tenang dan turut bersyukur kerana menerima pelbagai bantuan zakat.

Menurut Abdul Rahman Kheng, anak bongsunya yang berusia 13 tahun masih belum mengikut jejak mereka untuk memeluk Islam.

Screenshot 2024 06 10 171955

Dia bagaimanapun tidak mahu memaksa, sebaliknya akan menunjukkan contoh yang baik seperti anak sulungnya buat sebelum ini.

Terdahulu, anak sulungnya secara sukarela memeluk Islam pada usia 11 tahun dan mereka tidak melarangnya, malah membantu anaknya mempelajari agama.

Alhamdulillah, semoga kita diperkukuhkan iman dan sentiasa menjadi hamba-NYA yang terbaik…

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.