Biasanya bila kita fobia dengan sesuatu jenis haiwan ni, mesti sebab kita pernah ada pengalaman tersendiri kan? Tak pun sebab dengar orang punya pengalaman.
Mana taknya, haiwan yang berbisa atau dalam kategori menggelikan ni macam ada je cara nak menakutkan orang. Ular dalam jamban, katak dalam kasut, cicak jatuh kat muka dan macam-macam lagi lah.
Perkara yang sama turut berlaku kepada seorang lelaki yang menggelar dirinya Wak Sarep ini. Baru-baru ini dia telah kongsikan video pengalamannya di TikTok yang kini telah pun meraih sebanyak 246.1K tontonan.
Dalam video yang dikongsikan ini, Wak Sarep meminta orang ramai untuk berhati-hati dan periksa dulu topi keledar sebelum memulakan perjalanan. Jangan jadi macam dia.
@waksarepyamahasokan Hati2 korang.. Sebelum sarung helmet, check dulu.. Tgh ride, dok geli2 kt telinga pulak.. 😵😵 #safety1st #fypシ #foryourpageviral #foryourpagetiktok
Menurut Wak Sarep, ketika dia tengah ride motornya, dia ada rasa geli di telinga sekali bila dia buka helmet rupanya ada lipan tengah dok lepak dalam tu! Allahu…
Tengah ride, dok geli-geli kat telinga pulak.”
Menerusi ruang komen di TikTok, Wak Sarep mengatakan dia telah berhenti di tepi untuk tengok apa yang ada dalam topi keledarnya itu, dan keluarkan lipan tersebut untuk teruskan perjalanan.
Apa pun, Wak Sarep bernasib baik kerana lipan tersebut tak sengat telinganya, malah katanya masa mula-mula buka helmet tu memang tak perasan tapi bila dah tengok betul-betul baru nampak.
Kalau sekali pandang tak nampak sebab dia dok celah-celah.”
Beberapa netizen lain turut menasihatkan lelaki ini untuk tak letak topi keledar di atas lantai untuk mengelakkan dari kejadian seperti ini berulang kembali.
Aduh betul nasib baik tak kena sengat! Seriauuuuu