in

“Rasa cinta terhadap Shuhada masih ada” – Hafidz Roshdi

Hafidz Roshdi Sayang Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, pelakon Hafidz Roshdi telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pada 2 Mac lalu.


Keretakan rumah tangga pasangan ini bermula apabila Hafidz dikatakan curang dengan isterinya itu, namun masalah menjadi lebih keruh apabila Hafidz dikatakan telah memukul isterinya hingga menyebabkan 10 jahitan di bahagian muka.

Pun begitu, hari ini dalam laporan Astro AWANI, Hafidz memberitahu dia masih mencintai isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Cats 27

“Saya mahu berbaik dan harap ruang pendamaian (dengan isteri) masih terbuka. Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada,” katanya.

Dalam laporan Harian Metro, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar mencadangkan Hafidz menjalani rawatan dan mendapatkan laporan kesihatan di Hospital Bahagia namun dibantah oleh Akberdin atas alasan anak guamnya hanya mengalami bipolar dan bukanlah satu masalah yang serius.

Dia mengaku tidak bersalah dan mahkamah kemudian memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.

Baca: Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Buat Pemeriksaan Mental Lepas Mengaku Tak Bersalah Pukul Isteri

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.