in

Rasa Bersalah Tertumpahkan Kopi Pelanggan, Rider Ini Hantar ‘Kejutan’ Tanda Minta Maaf

Cats 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap penghantar makanan pasti akan lalui dugaan dan cabaran masing-masing. Ada yang terpaksa harungi hujan demi nak hantar order pelanggan, ada yang terpaksa tahan panas nak hantar order waktu tengah hari buta. Memang rider ni semua berjiwa kental. Tabik la kat diorang ni.

Namun, baru-baru ini viral kisah rider makanan yang tertumpahkan kopi yang dipesan oleh pelanggannya.


Glp 1370

 

Sampai-sampai terus minta maaf

Menerusi tweet yang dimuat naik di laman Twitter oleh pemilik akaun bernama m.fairuz.j baru-baru ini, kisah ini bermula bila pelanggan yang dikenali sebagai Linda Latip membuat pesanan minuman kopi di salah sebuah kafe popular melalui aplikasi GrabFood.

Pada hari dia order kopi itu, rider datang agak lewat. Pada mulanya, dia agak berang dengan kelewatan rider itu tapi dia agak terkejut bila rider tersebut tiba di rumah dan terus minta maaf berulang kali kepada dia.

“Dia sampai saja terus cepat-cepat minta maaf kat saya. Katanya kopi tumpah dalam perjalanan.Saya tengok luar pun cuaca hujan renyai-renyai.”

Bila dilihat di dalam bekas minuman itu, memang kosong betul tak ada apa-apa. Dengan tenang, wanita itu memaafkan rider tersebut dan tetap ambil cawan kosong itu untuk dibuang.

Rider itu sebersalah dengan apa yang berlaku dan mahu bayar balik serta sanggup pergi semula ke kedai untuk beli yang baru tetapi wanita itu menolak pelawaannya. Wanita itu cuma mengganggap bukan rezeki dia pada hari itu.

Bukan itu sahaja, wanita itu siap beri review yang bagus kepada rider itu walaupun kopi yang dia pesan tertumpah.

E3Utm82Vkaeqpbh

 

Terkejut dapat bungkusan

Keesokan harinya, ibu kepada tiga orang anak ini dikejutkan dengan bungkusan yang mengandungi kek lapis Sarawak dan mangga. Siap ada nota lagi dekat bungkusan itu.

“Menerusi nota yang disertakan, rupanya bungkusan ini dari rider yang hantar kopi tumpah itu.”

E3Utm8Uvebqqu39

Wanita ini terkejut dan terharu sebab dia tak sangka yang rider itu akan beri sesuatu kepadanya.

“Katanya kek lapis Sarawak itu isteri dia yang buat. Terima kasih banyak-banyak.”

Bagus betul rider tu kan? Semoga dia terus berkhidmat dengan baik dan jujur kepada pelanggan lain juga. Amin….

 

Sumber: mStar, m.fairuz.j

Baca:Terharu Tengok Rider FoodPanda Bawa Basikal Masa Tengah Panas, Kedai Motosikal ‘Offer’ Motor Sebiji

Njnjsd

Sumber: Johor Foodie
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.