in

“Rare!” – Lepas 15 Tahun ‘Hilang’, Ikan Kanai Tiba-Tiba Muncul Di Pulau Pinang

Syaz Ft 2026 09 01T121328.119

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehadiran seekor ikan nadir yang dikenali sebagai Ikan Kanai atau Tembaring di kawasan Sungai Kuala pada 30 Ogos lalu mencetuskan bualan hangat, khususnya dalam kalangan komuniti pemancing tempatan dan ahli ekologi marin.

Spesies pemangsa muara bernilai tinggi dengan nama sains Lutjanus goldiei itu berjaya didaratkan oleh seorang nelayan tempatan. Penemuan ini disifatkan amat signifikan memandangkan spesies tersebut tidak pernah direkodkan di perairan berkenaan sejak 15 tahun yang lalu.


Artikel berkaitan: Dari Ikan Eksotik Sampai Dunia Bawah Laut, Ekspo Akuatik Terbesar Malaysia Kembali 26–28 Disember Ni

Artikel berkaitan: Remaja Dikhuatiri Lemas, Dibawa Arus Deras Lepas Jatuh Sungai

“Monster” Muara Yang Sukar Ditemui

Menerusi hantaran rasmi di Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang, Lutjanus goldiei atau lebih popular dengan panggilan Papuan Black Bass merupakan spesies asli (native) yang amat terkenal dengan ‘kekuatannya’. Ciri fizikalnya yang gagah serta daya tahan tinggi menjadikannya antara bucket list buat penggemar sukan pancing (sport fishing).

Bhkanai01 1788229321

Secara amnya, taburan utama spesies ini lebih lazim direkodkan di kawasan muara Sabah seperti di Lahad Datu dan perairan Papua New Guinea. Justeru, kemunculannya di perairan Pulau Pinang membuka sudut pandang baharu dari segi biologi dan taburan geografi hidupan marin tempatan.

Petanda Ekosistem Sungai Kuala Masih Sihat

Menurut Jabatan Perikanan, spesies ini biasanya mendiami kawasan muara yang dipengaruhi pasang surut air laut, terutamanya kawasan bersungai yang kaya dengan tumbuhan bakau dan nipah yang berfungsi sebagai tempat berlindung serta berburu makanan.

“Penemuan di Sungai Kuala menunjukkan kawasan itu berupaya menyediakan keadaan ekologi yang sesuai untuk spesies berkenaan,” jelas kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, Jabatan Perikanan turut memberi pencerahan agar orang ramai tidak keliru antara Lutjanus goldiei dengan Largemouth Bass (Micropterus salmoides) yang merupakan spesies asing penceroboh (invasive species). Black Bass tempatan ini adalah spesies asli yang perlu dipelihara.

Seruan Kaedah ‘Tangkap & Lepas’

Memandangkan statusnya yang sensitif terhadap perubahan persekitaran serta populasi yang sangat terhad di Semenanjung, pihak Jabatan Perikanan menggalakkan para pemancing dan nelayan tempatan untuk mengamalkan kaedah tangkap dan lepas (catch and release).

Langkah ini penting bagi menyokong pemuliharaan populasi Lutjanus goldiei agar ekosistem perairan negara kekal mampan untuk jangka masa panjang.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.