in

Elon Musk Jatuh Tangga Ke-2, Pengasas Amazon Dinamakan Sebagai Individu Terkaya Dunia

Elon Musk Individu Terkaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi individu terkaya di dunia merupakan suatu simbol status yang akan membuatkan diri disegani selain akan mendapat perhatian dunia. Tak hairanlah mengapa mereka-mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing ini seakan-akan ‘berlumba’ bagi mendapatkan tempat pertama tersebut.


Menurut laporan terbaru Forbes, perebutan tempat pertama dalam senarai individu terkaya di dunia amat sengit pada tahun ini dan menurut majalah perniagaan tekemuka berkenaan, persaingan tahun ini merupakan saingan paling sengit.

Buat pertama kali dalam sejarah, kedudukan tiga teratas ini berubah dengan kerap. Untuk pengetahuan, majalah berkenaan mula meneliti dan merekod kekayaan bersih jutawan pada tahun 1987. 

Bill Gates

Difahamkan, dalam tempoh tiga dekad pertama, hanya 6 orang berjaya tersenarai sebagai individu terkaya di dunia. Pada awal kewujudan senarai tersebut, ia diungguli oleh mogul hartanah dari Jepun, Yoshiaki Tsutsumi dan Taikichiro Mori.

Selepas itu, muncul pula Bill Gates yang cukup terkenal sebagai pengasas Microsoft dan menempatkan diri sebagai orang terkaya di dunia. Beliau berjaya berada di tangga pertama selama 10 tahun, dari 1997 sehingga 2017.

“Bill Gates terkeluar dari senarai selepas munculnya Jeff Bezos, Elon Musk dan Bernard Arnault”

Individu Terkaya Di Dunia

Walaupun dengan kekayaan bersih terkumpul bernilai 86 billion (USD), Bill Gates jatuh dan terkeluar dari senarai tiga teratas setelah saham Amazon melonjak naik dan seterusnya meletakkan pemiliknya, Jeff Bezos di tempat pertama dengan kekayaan bersih terkumpul sebanyak 110 billion.

Pemilik Amazon tersebut diikuti rapat oleh pengasas kumpulan syarikat jenama mewah LVMH, Bernard Arnault yang memiliki kekayaan 150 billion pada akhir tahun 2020. LVMH ini merupakan penaung jenama mewah antarabangsa, antaranya Louis Vuitton, Bulgari, Givenchy dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Elon Musk yang terkenal dengan kereta elektrik Tesla berjaya menduduki tangga 3 teratas selepas saham syarikatnya melonjak naik. Difahamkan ia merupakan lonjakan yang sangat drastik dengan keuntungan sebanyak 150 billion dalam tempoh hanya 4 tahun selepas Tesla menjadi pengeluar kenderaan yang paling ‘masyuk’ di dunia!

Elon Musk Tesla

Sebenarnya, Musk juga sempat menduduki tangga pertama awal tahun 2021 namun ia hanya bertahan selama satu minggu sebelum dipintas oleh Jeff Bezos gara-gara penurunan saham Tesla selain turut terkesan kerana pandemik.

Menurut senarai terkini tersebut, Jeff Bezos kekal di tangga pertama dengan kekayaan bersih terkumpul sebanyak 185.2 billion, Elon Musk kedua dengan 177.1 billion dan Arnault di tempat ketiga dengan 173.2 billion.

Betul-betul ‘racing’ diorang ni kumpul kekayaan ye. Boleh jadikan inspirasi ni…

Baca : “Jealousnya”- Ramai Kagum Bekas Pelajar MRSM Ulul Albab Terengganu, Kini Jurutera Di TESLA

Jurutera Malaysia Di Tesla Feat Image

 

Sumber: Insider
Sumber: Zoom News
Sumber: The Verge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.