in

“Saya amat menyesal” – Remaja Mohon Maaf Kepada Keluarga Nora Lepas Dua Video Bercium Tular

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh apabila video anak gadis penyanyi Nora Ariffin tular selepas dia dilihat bercumbu bersama teman lelakinya. Video yang pada mulanya dimuat naik di TikTok itu tersebar di laman Twitter, sehingga menerima kecaman ramai pihak.



Tidak lama selepas itu, Nora Ariffin tampil mengakui gadis yang tular itu merupakan anak perempuannya. Nora turut meluahkan rasa kecewanya dan menjelaskan beliau sudah mencuba sedaya upaya untuk mengajar dan membimbing anaknya itu.

Melihatkan kesan video yang semakin parah kepada keluarga Nora, remaja lelaki di dalam video tersebut kini tampil memohon maaf secara terbuka kepada keluarga bekas kekasihnya serta keluarganya sendiri.

“Saya yang baru-baru ni viral, ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Puan Nora dan seluruh keluarga saya”

Remaja yang dikenali sebagai Zuher itu turut menjelaskan dia akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada Putri Nor Dahlia, dan menyesal dengan apa yang terjadi.

Di akhir video tersebut, remaja tersebut meminta jasa baik netizen untuk menghentikan penularan video panas yang tular beberapa hari lalu.

 

BACA: “Saya mengaku itu dia” – Nora Ariffin Beri Penjelasan ‘Video Kontroversi’ Anak Tular Di Media Sosial

Xxx

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.