in

“Ramai tak sedar!” – [VIDEO] Doktor Kongsi 7 Tanda Badan ‘Banjir’ Gula

Gula Banyak Dalam Badan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengambilan gula yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang serius seperti diabetes dan sekaligus dapat menjejaskan sistem tubuh badan manusia.


Baru-baru ini, tular di laman TikTok seorang doktor @drnoordinofficial atau lebih dikenali sebagai Dr. Noordin berkongsi tentang 7 tanda badan terlebih gula.

@drnoordinofficial

7 PETANDA BADAN DAH BANJIR GULA! #fyp #foryou #drnoordindarus

♬ Blade Runner 2049 – Synthwave Goose

1. Kerap buang air kecil

1 17

Menurut doktor ini, seseorang yang badannya terlebih gula akan kerap membuang air kecil lebih daripada 2 atau 3 kali terutamanya sekali pada waktu malam. Doktor ini berpesan untuk terus berjumpa dengan doktor kerana kemungkinan air ditarik keluar bersama gula tersebut.

2. Rasa terlampau dahaga

2 16

Seterusnya, jika seseorang rasa tekaknya terlampau kering atau dahaga serta suka minum air sejuk dan ais, berkemungkinan besar gula ada banyak dalam badan individu tersebut. Dahaga bukan sebab cuaca panas je, boleh jadi sebab benda lain ni!

3. Senang lapar

3 12

Kandungan gula yang tinggi dalam darah akan menghalang glukosa memasuki sel-sel membuatkan badan tidak menerima tenaga dan sekaligus menyebabkan seseorang kelaparan.

4. Kabur mata

4 11

Kabur juga merupakan tanda seseorang itu mempunyai gula berlebihan dalam badan. Mata akan menjadi mudah penat serta tidak bermaya. Cepat pergi check doktor sekarang!

5. Sensitif dan senang marah

5 13

Menurut kajian, orang dengan gula yang tinggi mudah berasa cemas, marah dan cenderung kepada kemurungan kerana otak turut bergantung kepada bekalan glukosa sekaligus memberi impak kepada emosi seseorang.

6. Letih dan lesu

6 7

Doktor tersebut turut menjelaskan yang kandungan gula tinggi pada badan boleh menyebabkan seseorang lesu dan cepat penat kerana badan tidak mampu untuk menyimpan dan menyerap glukosa dengan betul.

7. Gatal kulit

7 5

Gatal kulit pada tempat tertentu terutama sekali pada celah-celah kangkang juga adalah petanda gula tinggi dalam badan dan individu yang mempunyai simptom ini harus mendapatkan nasihat doktor dengan kadar yang segera. Cegah lebih baik daripada merawat tau!

Penting tau korang untuk kita sentiasa jaga kesihatan! Sentiasa rajin bersenam dan jaga pemakanan okayy!

Baca: “[VIDEO] Gara-Gara Elon Musk Puji ‘Kopiko’ Sedap, Saham Syarikat Gula-Gula Ni Terus Mencanak Naik!”

8 7

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.