in

Ramai Tak Puas Hati Seungri Hanya Dapat Penjara 18 Bulan Untuk Kes Skandal ‘Bapa Ayam’

collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti dah tahu kan pasal kes bekas anggota kumpulan Big Bang yang satu ini. Memang agak kecoh jugalah sejak Seungri dikaitkan dengan skandal ‘bapa ayam’nya itu.

Hari ini, Mahkamah Supreme Korea telah menolak rayuan Seungri untuk meringankan hukuman penjara selama setahun enam bulan selepas dia didapati bersalah atas kesemua sembilan tuduhan termasuk penyelewengan, jenayah seksual, perjudian, pelanggaran akta transaksi wang asing, menjadi pengantaraan pelacuran, pembelian perkhidmatan pelacuran dan hasutan keganasan dan lain-lain, lapor Soompi.


Untuk pengetahuan korang, sebelum ini mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun untuk penyanyi ini namun hukumannya dikurangkan selepas Seungri mengaku bersalah ke atas semua tuduhan dan menyatakan kesesalannya.

Seungri telah dituduh menyediakan pelacur bagi pelabur dari Taiwan, Jepun dan Hong Kong serta untuk dirinya sendiri bagi menarik pelaburan kewangan untuk kelab dan perniagaannya.

a766adea 2311 4a86 9d0b f94710414cfe 6d586b97

Bukan itu sahaja, Seungri turut menggelapkan wang sebanyak 528 juta won (RM1.8 juta) daripada kelab Burning Sun serta mengunakan sebanyak 2.2 billion won (RM7.6 juta) untuk tujuan berjudi di hotel kasino di Las Vegas dan mengugut seseorang menggunakan gangsters ketika terdapat konflik di antara rakannya di bar bersama seorang pelanggan.

Seungri sepatutnya dibebaskan pada September tahun lalu namun pelepasan itu telah ditangguhkan dan dia telah ditempatkan di penjara tentera.

Terkini, Seungri telah dipindahkan ke penjara persendirian dan akan duduk di sana sehingga Februari akan datang bagi menghabiskan hukumannya yang berbaki sembilan bulan.

“Buat semua ni tapi dapat penjara 18 bulan je?!”

Bagaimanapun, beberapa netizen telah meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah ini yang dirasakan terlalu sedikit berbanding kesalahan yang dibuat.

Screenshot 2022 05 26 at 4.48.13 PM down

Korang rasa macam mana? Patut ke dia kena penjara sekejap je?

 

Baca: Skandal Bapa Ayam: Seungri Big Bang Dijatuhkan Hukuman Penjara 3 Tahun

collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.