in

Ramai Persoal Kos Baik Pulih Seri Perdana Cecah RM 38.5 Juta Masa TS Muhyiddin Jadi PM, Ini Penjelasan Beliau…

Ft Tsmy Jelas Pasal 38 Juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini ramai yang terkejut apabila mengetahui berita tentang kos perbelanjaan baik pulih kediaman Seri Perdana yang mencecah RM 38.5 juta semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Oleh sebab itu, menerusi laman Twitter miliknya, TS Muhyiddin Yassin tampil memperjelaskan hal sebenar kenapa ia memakan kos yang begitu tinggi.

 

Kerosakan yang memberi kesan kepada isi dalam rumah

Semasa beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri, beliau menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal di kediaman Seri Perdana.

“Kerosakan ini melibatkan kebocoran, sistem pencahayaan yang telah lama serta keadaan fizikal lantai dan bumbung yang telah rosak atau usang.”

Tsmy Jelas Pasal 38 Juta 4

Tambahnya lagi, kebocoran bumbung Seri Perdana dan sistem perpaipan telah menyebabkan kerosakan perabot yang sedia ada (built-in), lantai kayu, penl dinding dan siling bangunan.

“Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin juga perlu dibaik pulih kerana telah terlalu usang.”

“Menurut pandangan pakar, sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.”

Tambahnya lagi, JPM juga menyarankan agar perabot dibuat  kerana kebanyakan aset perabot di Seri Perdana yang didakwa milik peribadi mantan Perdana Menteri Keenam telah dipindah keluar.

Dalam pada itu, beliau turut memperjelas mengapa ia memakan kos yang begitu tinggi.

Tsmy Jelas Pasal 38 Juta

Katanya lagi, jika tidak dibetulkan keadaan akan jadi makin teruk dan juga memakan masa kos yang lebih tinggi.

Tsmy Jelas Pasal 38 Juta 2

Jelas beliau lagi, sepanjang masa menyandang jawatan Perdana Menteri, beliau tidak pernah menetap di Seri Perdana.

 

Baca : [TERKINI] Sah! Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Sebagai PM

Ft Pm Letak Jawatan

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.