Ramai peminat band muzik popular dunia, Coldplay kecewa tidak dapat membeli tiket walaupun dibuka selama dua hari.
Walaupun ada yang sudah ‘beratur’ untuk membeli tiket seawal pukul 9 pagi, namun ramai yang mengadu mengalami masalah dan akhirnya kecewa apabila tidak berjaya mendapatkan tiket tersebut.
Jualan tiket yang bermula pada 16 dan 17 Mei oleh pihak penganjur dilaporkan telah habis dijual dalam tempoh yang singkat tidak sampai beberapa jam.
Tidak lama kemudian, ada beberapa pihak mula tampil menjual semula tiket-tiket konsert yang dibeli dengan harga yang lebih berganda daripada harga asal.
Perkara ini telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat terhadap scalper atau ulat tiket yang menjadi punca ramai tidak dapat membeli tiket konsert itu walaupun sudah menunggu sejak awal.
Taktik scalper mampu borong tiket
Seorang individu telah mendedahkan taktik kotor ulat tiket yang menjadi punca tiket habis terjual dengan begitu cepat.
Kata pengguna Twitter @khawasake, golongan ini sebenarnya menggunakan bot tiket untuk membelinya.
For anyone wondering why your queue takes longer than others. Scalpers used ticket bots. ticket bots impersonate real users by using same IP address for multiple accounts. they usually queue at the same time. so everytime you queue, it will be randomized by org. #COLDPLAYinKL
— Khawasaké (@khawasake) May 17, 2023
Menurutnya, mereka menggunakan bot tiket untuk menyamar sebagai pengguna sebenar dengan menggunakan alamat IP yang sama untuk berbilang akaun dan biasanya beratur pada masa yang sama.
Sepatutnya semua pembeli sebenar akan berpeluang diberi 15 minit untuk menunggu giliran membeli tiket mereka, tetapi scalper yang menggunakan bot tiket, akan menerima giliran pada bila-bila masa dan disebabkan itu mereka berjaya membeli sehingga 400 tiket.
Tambahnya, scalper juga menggunakan spinning bots sebagai penafian inventori untuk menafikan pembeli daripada membeli tiket mereka.
Penafian inventori melibatkan penggunaan bot untuk menambahkan tiket pada troli dan menjadikannya tidak tersedia untuk pembeli membelinya. Apabila ini berlaku, pembeli akan melihat bahawa tiket sudah tidak tersedia.
Situasi ini menyebabkan pembeli terpaksa mengalah dengan scalper yang menggunakan bot tiket dan internet pantas.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil bakal bangkitkan isu penjualan semula harga tiket konsert Coldplay yang tidak masuk akal ke Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Baca: “Merepek & tak beretika!” – Sheila Majid Sekolahkan ‘Reseller’ Tiket Coldplay