in

Rakyat Tak Kisah Tentang Janji 100 Hari

Jk2 1
KUALA LUMPUR 18 JULAI 2018. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, ketika sidang media sempena Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tau kan yang hari ni adalah hari ke-100 lepas Pakatan Harapan menerajui tampuk pimpinan negara. Ingat tak janji 100 hari PH? Menurut KJ, tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari pentadbiran kerajaan PH sebabnya rakyat tak kisah dengan janji tu sebenarnya, lapor Malaysiakini.


Jk1 1
sumber: berita harian

“Media tanya saya berkenaan 100 hari kerajaan HARAPAN. Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto.”

KJ sebenarnya yakin yang rakyat mahu BN ditumbangkan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turun daripada terus mentadbir negara.

“Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang Umno-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” cuitnya di Twitter, hari ini.

Jk2
sumber: new straits times

Malah, katanya rakyat juga berkata “lebih baik dari kamu (UMNO-BN) dulu” dan “tak dapat tunai sebab hutang yang ditinggalkan BN.”

Jadi, KJ menambah yang UMNO dan BN kini terpaksa mencari naratif dan hujah baru.

“BN-UMNO perlu halatuju baharu. Kepimpinan mesti berada di hadapan kelok perubahan.

“Dah sampai 100 hari. Patut fikir “what’s next?” Bukan masih jual naratif janji tidak ditunaikan. That’s done. Move on,” katanya.

Betul cakap KJ, tak guna ulang benda yang dah lepas. Patutnya fikir strategi baru.

Baca: KJ Nak Buat Laporan Polis Terhadap Bekas Menteri Kewangan

Jk1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.