in

Rakyat Malaysia Yang Berada Di Luar Negara Dapat ‘Extend’ Tempoh Sah Passport 2 Tahun

Passport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana warga Malaysia yang kini sedang berada di luar negara, tempoh sah Pasport Antarabangsa Malaysia (MIP) mereka telah dilanjutkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia seandainya ianya luput dalam tahun 2021 ini


Menurut  Bahagian Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, langkah itu bertujuan memudahkan pembaharuan MIP di luar negara.

 

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan banyak negara mengenakan pelbagai syarat dan sekatan perjalanan yang menyebabkan ramai warga Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan mereka.”

1092532

Tambahnya lagi, penangguhan yang berpanjangan ini menyebabkan ramai yang terpaksa tinggal lebih lama di luar negara dan ada di antaranya berasa perlu memperbaharui pasport mereka di luar negara kerana tarikh tamatnya telah hampir, lapor Sinar Harian.

“Ini telah mengakibatkan peningkatan mendadak dalam bilangan pembaharuan MIP di pejabat luar negeri.” 

Tambahanya lagi, mereka yang terjejas boleh memilih untuk mendapatkan cap pelanjutan itu di ‘Halaman Pemerhatian’ atau di mukasurat 48 pasport mereka di suruhanjaya tinggi atau kedutaan terdekat.

“Tiada bayaran dikenakan untuk pelanjutan tempoh sah itu,” kata kenyataan itu yang menambah perkhidmatan untuk pelanjutan itu telah pun dibuka.”

Mereka yang berminat boleh menyerahkan permohonan pelanjutan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Suruhanjaya Tinggi dan mengembalikannya di kotak penyerahan yang disediakan.

“E-mel akan dihantar untuk tarikh temu janji,”

Pada masa sama, bahagian itu berkata, mereka yang ingin memperbaharui MIP mengikut prosedur semasa boleh meneruskannya.

Bagaimanapun, pembaharuan MIP termasuk pembaharuan dalam talian akan mengambil masa lapan hingga 12 minggu berikutan peningkatan permohonan MIP dalam sistem.

 

Baca : Imigresen JB Koyak Pasport Rakyat Singapura, Minta Duit Kopi

Jb

 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.