in

Rakyat Malaysia Kini Dengan Mudahnya Boleh Membuat Laporan Polis Menggunakan Aplikasi VSP

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa membuat laporan polis adalah proses yang amat melecehkan. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan aplikasi untuk memudahkan para pengadu memfailkan aduan mereka. Senang kan?

Sebenarnya aplikasi ini sudah pun dilancarkan sejak tahun lepas namun ramai orang tidak mengetahui akan kewujudannya.


Menurut WOB, aplikasi yang dipanggil Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini direka dengan harapan supaya ramai orang awam menjadi lebih proaktif dalam membuat laporan polis selepas menyaksikan, mengesyaki atau mengalami sendiri sesuatu jenayah.

Sebelum kewujudan aplikasi ini, orang awam terpaksa membuat laporan menggunakan talian PDRM, SMS ataupun memfailkan aduan di balai polis sendiri.

Sememangnya jika anda memfailkan aduan menerusi khidmat SMS, ia juga proses yang agak melecehkan kerana ia memakan saiz dan kredit yang amat banyak lebih-lebih lagi jika anda menghantar gambar ataupun video. Betul tu!

Tetapi dengan adanya VSP, proses memfailkan aduan menjadi lebih pantas dan efisien kerana kita boleh menggunakan rangkaian internet dan GPS di telefon pintar kita untuk menghantar gambar dan video.

Aplikasi VSP ini amat mudah untuk digunakan. Hanya muat turun sahaja aplikasi VSP melalui ‘Appstore’ ataupun ‘Playstore’ di telefon mudah alih anda.

A
Ga sumber: wob

Jika anda adalah pengguna aplikasi ini buat kali yang pertama, anda perlu daftar butiran diri anda dan ikuti langkah seterusnya.

 

1. Masukkan butiran diri anda

Tekan ‘Daftar’ dan kemudian masukkan butiran diri anda. Anda perlu masukkan nama pengguna, nombor telefon dan negeri yang anda diami.

B
sumber: wob
C
sumber: wob

 

2. Permintaan TAC

Selepas mengisi butiran diri, anda perlu menekan butang permintaan TAC. Nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda melalui perkhidmatan SMS.

 

3. Dapatkan kata laluan anda

Selepas anda selesai mendaftar, pergi semula ke halaman utama dan tekan butang ‘Semak’. Di sana, anda perlu masukkan nombor telefon anda untuk menerima kata laluan anda melalui SMS.

D
sumber: wob

 

4. Daftar Masuk

Selepas anda menerima kata laluan, masukkan kata nama dan kata laluan anda di halaman utama dan kemudian tekan ‘Log masuk’.

Selepas selesai, anda boleh mula membuat laporan polis anda! Yeay!

Anda boleh tekan butang berbintik  di hujung kiri belah atas halaman aplikasi tersebut untuk kembali ke halaman utama. Untuk memfailkan aduan, hanya tekan butang ‘Aduan’.

Di sana, anda boleh isi butiran, hantar gambar dan anda juga boleh hantar lokasi GPS anda yang tepat.

E
sumber: wob
F
sumber: wob

Selain itu aplikasi ini juga menyediakan pilihan ‘Balik kampung’ di mana anda boleh memaklumkan kepada pihak polis ketika ketiadaan anda di rumah.

Pilihan ini amat berguna terutama sekali pada musim perayaan kerana majoriti orang ramai akan pulang ke kampung halaman dan meninggalkan rumah mereka tidak berpenghuni. Jadi aplikasi ini memudahkan pengguna memaklumkan kepada pihak polis untuk meningkatkan rondaan di kawasan perumahan anda.

G
sumber: wob

Anda juga boleh mengesan lokasi mana-mana balai polis berdekatan dengan menggunakan VSP. Anda hanya perlu tekan butang ‘VSP’ untuk mencari cawangan balai polis di setiap negeri. Mereka telah menyenaraikan alamat penuh, nombor telefon, faks dan juga lokasi GPS semua balai polis di Malaysia dalam aplikasi tersebut. Menarik kan?

H
sumber: wob
I
sumber: wob

Jadi kepada sesiapa yang rasa membuat laporan polis di balai polis itu susah, anda bolehlah cuba menggunakan aplikasi ini! Betullah orang cakap, sekarang ini semuanya di hujung jari. Selamat mencuba!

Baca: Aplikasi GRADUAN x Waze Memudahkan Penganggur Mencari Kerja. Muat Naik Sekarang!

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.