in

Rakyat Indonesia Buat Protes Susulan Kenaikan Harga Minyak Sebanyak 30%

Cvx 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beribu-ribu penunjuk perasaan telah berhimpun di bandar-bandar terbesar di Indonesia bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan susulan kenaikan harga bahan api yang meningkat dalam tempoh lapan tahun di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi.


Protes telah dijalankan di dalam dan sekitar ibu kota Jakarta pada hari Selasa dan di bandar-bandar lain seperti Surabaya, Makassar, Kendari, Aceh, dan Yogyakarta, sebagai sebahagian daripada siri demonstrasi yang diketuai oleh pelajar dan kesatuan pekerja.

Menurut The Vibes, polis melaporkan bahawa puluhan ribu orang ramai yang turun ke padang untuk bersama-sama melakukan protes minggu ini.

Harga minyak naik sehingga 30%

Menurut media tempatan, para peserta melahirkan kebimbangan dengan kenaikan harga yang akan menyebabkan semua harga komoditi, makanan dan pengangkutan awam turut meningkat.

Kira-kira 8,000 anggota keselamatan terdiri daripada polis dan tentera ditugaskan mengawal ketenteraman awam sepanjang demonstrasi di ibu negara.

Sejak Sabtu, harga runcit Pertalite meningkat sebanyak 2,350 rupiah seliter kepada 10,000 rupiah seliter dan diesel meningkat sebanyak 1,650 rupiah seliter (RM0.71) kepada 6,800 seliter (RM2.05).

Harga Pertamax, tanpa subsidi, turut meningkat sebanyak 2,000 rupiah (RM0.60) kepada 14,500 seliter (RM4.38) sejajar dengan harga minyak global dan kejatuhan nilai rupiah.

1726603

Pilihan terakhir oleh kerajaan

Presiden Joko Widodo berkata keputusan untuk menaikkan harga bahan api adalah pilihan terakhirnya kerana subsidi tenaga negara telah meningkat tiga kali ganda tahun ini kepada 502 trilion rupiah ($34 bilion) daripada bajet asalnya, dicetuskan oleh kenaikan harga minyak global.

“Kerajaan telah mencuba yang terbaik kerana saya benar-benar mahu harga bahan api kekal mampu milik dan terpaksa membuat pilihan yang sukar.”

Untuk pengetahuan korang, kerajaan Indonesia telah memberi subsidi bahan api selama beberapa dekad di Indonesia, negara kepulauan yang luas dengan lebih daripada 270 juta penduduk.

Screenshot 2022 09 07 At 10.01.06 Am

Harga bahan api juga adalah isu sensitif politik yang boleh mencetuskan kenaikan harga lain dan risiko bantahan pelajar. Pada tahun 1998, kenaikan harga mencetuskan rusuhan yang membawa kepada kejatuhan diktator lama, Suharto.

Harap negara jiran kita kekal tabah dalam menghadapi masalah tersebut.

Baca: Lelaki Terharu Pekerja Starbucks Ucap ‘Good Luck’ Sebelum Lawan Bola Di Indonesia, Dah Menang Terus Jumpa Semula & Tangkap Gambar Bersama

Screenshot 2022 09 07 At 10.21.28 Am

 

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.