in

“Rakyat dah muak dengan politik percaturan kuasa” – Dr Maszlee Malik Umum Tarik Diri Dari Parti Pejuang

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi Twitter peribadinya sebentar tadi, bekas Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik telah mengumumkan yang beliau telah pun menarik diri dari Parti Perjuang Tanah Air.

Pengumuman ini dikeluarkan selepas ahli-ahli Pejuang mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka bersetuju supaya kandungan Belanjawan 2021 diteliti terlebih dahulu sebelum keputusan untuk memberi sokongan dibuat.


Screenshot 2020 11 02 At 2.14.23 Pm

Pun begitu, dalam kenyataan ini, nama Maszlee Malik tak dimasukkan sekali, justeru beliau mengeluarkan kenyataan ini untuk menjelaskan kedudukannya dalam parti tersebut.

Dalam kenyataannya, Maszlee mengatakan keputusan untuk dia menarik diri dari parti Pejuang adalah untuk menumpukan sepenuh masa bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19, lebih-lebih lagi di kawasan Simpang Renggam.

Katanya lagi, keputusan ini dibuat selepas dia membuat kajian dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat.

Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis. Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang.

Korang boleh baca kenyataan penuh Dr Maszlee dekat bawah ni:

Elymt5Mvcaiywht

 

Baca: “Dia bukan nak main politik, dia nak buat kerja” – Netizen Buat Petisyen Desak Dr Maszlee Malik Dikekalkan Sebagai Menteri Pendidikan

Screenshot 2020 11 02 At 2.26.15 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.