in

Rakyat Bebas Bergerak Rentas Daerah & Tiada Had Masa Dibawah PKPB – Ismail Sabri

Feat 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai dah sedar yang dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) banyak kelonggaran diberi kepada rakyat di negara ini.

Namun terbaru dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan…


Tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam atau pergerakan rentas daerah di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)…”

“Dari segi pergerakan sudah pun dibebaskan (untuk perjalanan) antara daerah (dan) tiada had dari segi jangka masa untuk keluar.”

Katanya dalam peraturan baharu (PKPB) tiada had ditetapkan seperti sebelum ini.

Unnamed

Sementara itu berhubung perjalanan rentas negeri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata larangan masih terpakai bagaimanapun perjalanan boleh dibuat antara 7 hingga 10 Mei dengan kebenaran pihak berkuasa, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini dibawah Seksyen 4(1) warta persekutuan 3 Mei yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, orang ramai boleh melakukan perjalanan dalam “kawasan tempatan jangkitan” kecuali di kawasan PKPD, melainkan mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.

 

Baca : [TERKINI] Tiada Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP

11111

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.