Setiap pekerjaan pasti ada etika pemakaian yang perlu dipatuhi tak kira la kerja sebagai pekebun ke seorang juruwang ke, pasti ada cara pemakaian yang tersendiri. Kalau kerja outdoor kebiasaannya pakaian mereka kelihatan informal dan santai.
Dalam perkongsian @r4feeq, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan penampilan dia dan rakan-rakannya sebelum dan selepas berniaga di pasar.
@r4feeq nak jugak 😆😆😆😆😆😆 #fypdongggggggg @svifulanwar @abdfareez @harithfishfresh
Rafeeq yang merupakan seorang peniaga ikan di Pasar Larkin, Johor kerap memuat naik video di Tiktok untuk mempromosikan ikan jualannya di pasar. Menerusi video terbarunya, dia bersama rakannya menunjukkan perubahan imej mereka sebelum dah selepas mereka bekerja di pasar.
“Memang macho la”
Memang nampak lain la! Personaliti mereka sangat berbeza semasa berniaga dan selepas mereka berniaga. Susulan daripada video tersebut, ramai netizen terutamanya golongan gadis ‘cair’ dengan penampilan jejaka-jejaka tersebut. Ramai la customer abang lepas ni…
“Sampai macam tu sekali ye”
Video pendek tersebut telah menarik lebih daripada satu juta tontonan di Tiktok Rafeeq. Tapi apa yang min tertarik adalah komen-komen netizen yang tak pernah mengecewakan. Ada yang berkata dia sanggup untuk pindah ke Larkin semata-mata nak beli ikan di pasar tersebut.
Pada Awalnya, Rafeeq hanya saja-saja buat video tersebut kerana mahu ikut trend tapi dia tak sangka bahawa video mereka itu viral di Tiktok dan media sosial yang lain.
Ramai juga netizen yang mendoakan perniagaan Rafeeq bersama rakan-rakannya berjaya dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Takpa la dah rezeki mereka kan, min pun hensem juga cuma min work from home takda orang pun tengok …hmm
Baca: “Saya Bukan Lelaki Tetapi Wanita Tulen” – CheHalimahChe Mood