in

Rahsia Disebalik Mengapa Jam Sering Dipakai Di Tangan Kiri

Cover 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memakai jam di tangan kiri sudah menjadi kebiasaan buat kita semua. Namun pernahkah anda terfikir mengapa ramai yang memilih tangan kiri? Soalan ini jarang ditanya, seolah-olah sudah menjadi peraturan tidak rasmi dalam memakai jam.



Bagaimanapun, masih ada mereka yang memakai jam di tangan kanan. Namun, bilangannya tidak sebanyak mereka yang memakai jam di tangan kiri.

6899Bdeb9286B279970116F88F84850F

Suatu ketika dahulu, ada satu kebiasaan di mana kaum wanita akan memakai jam di tangan kanan, manakala kaum lelaki akan memakai jam di tangan kiri. Budaya ini bukanlah direka oleh orang terdahulu, namun ada sejarah di sebaliknya.

Jam poket untuk kegunaan perang

Pada zaman dahulu, majoriti hanya wanita yang memakai jam tangan. Manakala lelaki akan menggunakan jam poket yang mempunyai banyak kegunaan terutamanya ketika berperang.

Antara kegunaan jam poket adalah melihat waktu, penunjuk arah dan mengukur keseimbangan dengan menggunakan jarum dan roda pengimbang.

Comppockwatch

Saiz jam poket pula sedikit besar berbanding jam tangan, dan kebiasannya akan disimpan di dalam beg kulit yang digantung di pinggang mereka. Tujuan beg kulit digunakan adalah untuk menjaga jam poket yang senang pecah.

F14Cc369Afa9788076D2465D99B6B593

Untuk menjaga jam poket daripada rosak atau terjatuh, orang terdahulu akan menggunakan tangan yang kurang dominan ketika menggunakannya. Sebagai contoh, mereka yang dominan dengan tangan kanan akan menggunakan jam poket di tangan kiri.

Mudahkan urusan

Konsep yang sama digunakan untuk jam tangan atau jam pintar (smart watch) yang digunakan pada hari ini. Cuba bayangkan anda ialah seorang yang dominan di tangan kanan dan memakai jam pintar di tangan kanan juga. Ini akan menyukarkan anda untuk menekan skrin untuk membuat sesuatu tugasan pada jam pintar.

Mereka yang dominan di tangan kanan juga sering menggunakan tangan kanan untuk melakukan tugasan atau memegang benda. Jadi, memakai jam di tangan kiri akan memudahkan mereka untuk melihat waktu tanpa perlu berhenti menggunakan tangan kanan.

Counterpoint Research Global Smartwatch Shipments Jump 35 Yoy In Q1 2021 Uai 2880X1620 1

Memakai jam di tangan yang kurang dominan juga akan memanjangkan jangka hayat jam. Sebagai contoh, jika anda sedang bertukang dan memakai jam di tangan kanan, jam anda akan mudah rosak apabila menerima kejutan daripada hentakan berulang-kali ketika bertukang.

Selain daripada sebab-sebab di atas, rata-rata pemakai jam memakai jam di tangan kiri adalah kerana majoriti penduduk dunia lebih dominan menggunakan tangan kanan. Jadi, memakai jam di tangan kiri akan lebih memudahkan urusan harian.

Bagaimanapun, pemakaian jam di tangan kanan atau kiri adalah bergantung kepada keselesaan si pemakai.

 

Sumber: Corona Watches, Watch Bandit

BACA: 7 Helah Licik IKEA Yang Buat Anda Sanggup Berbelanja Lebih Tanpa Disedari

Cover 9

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.