in

Quinn: Atlet Transgender Pertama Menang Pingat Emas Di Olimpik

Cover 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang bola sepak wanita Kanada, Quinn menjadi atlet transgender pertama yang memenangi pingat emas Olimpik selepas pasukannya menewaskan Sweden pada Jumaat lalu.


Kanada menewaskan Sweden dalam penentuan sepakan penalti dengan jumlah jaringan 3-2. Perlawanan ini juga memecah rekod Olimpik sebagai perlawanan akhir bola sepak wanita pertama yang ditentukan dengan sepakan penalti.

Quinn Canada Soccer 500X258 1

Quinn ialah salah seorang atlet transgender dan /atau bukan binari yang bertanding di Sukan Olimpik Tokyo – bersama-sama dengan atlet angkat berat New Zealand, Laurel Hubberd dan atlet papan selaju Amerika Syarikat, Alana Smith.

“Saya sangat berbangga dengan pasukan saya. Mereka ialah rakan saya. Saya gembira kami membawa pulang pingat yang lebih baik daripada gangsa”, ujar Quinn yang menggunakan kata ganti nama jantina yang umum.

Untitled 3

Untuk Sukan Olimpik edisi kali ini, terdapat sekurang-kurangnya 182 atlet LGBTQ yang bertanding menerusi perlbagai acara. Angka ini adalah tiga kali ganda berbanding bilangan pada Sukan Olimpik Rio lalu.

 

Kredit: NBC News, Mashable

BACA: Olimpik Tokyo 2020: Azizulhasni Awang Hadiahkan Pingat Perak Untuk Malaysia Dalam Acara Keirin

F2 Bsk

 

Sumber: Daily Hive
Sumber: NBC News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.