Petang semalam telah berlangsungnya acara ekuestrian polo yang paling dinanti-nantikan apabila pasukan Malaysia telah mencipta kemenangan 12-4 ke atas pasukan Brunei.
Pertembungan di antara pasukan Malaysia yang turut diwakili oleh ‘abah’ tall, dark and handsome, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan pasukan jejaka idaman ramai, Putera Abdul Mateen itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial semalam.
Meskipun pasukan kerabat Brunei kalah di tangan Malaysia, rata-rata netizen yang meminati jejaka tersebut mengakui Putera Mateen telah berjaya memenangi hati mereka. Amboi bukan main ye gadis-gadis zaman sekarang!
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan golongan lelaki yang mempersoal minat kaum wanita yang secara tiba-tiba akan permainan tersebut hanya kerana penglibatan kedua-dua lelaki yang terkenal itu. Eleh, abang-abang ni semua jeles lah tu!
Rasanya bukan saja-saja kaum wanita boleh terpesona dengan dua personaliti ekuestrian polo ini. Mereka berdua bukan sahaja kacak, malah dikatakan pandai melayan peminat dan penyokong pasukan mereka. Kan??
Berikutan acara ini dilabel sebagai ‘wajib tengok’ pada Sukan SEA 2017 ini, orang ramai dilihat telah berpusu-pusu tiba di Pusat Ekuestrian Putrajaya seawal jam 2.30 petang bagi mendapatkan tempat duduk tanpa menghirau cuaca panas.
Ratusan peminat juga dilihat berdiri di tepi padang untuk mengambil peluang melihat putera raja dari Brunei itu dari dekat.
Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Malah bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah bersama keluarga dilihat turun memberi sokongan kepada Khairy Jamaluddin.
Malaysia bakal bertemu dengan pasukan Singapura pada 24 Ogos nanti di Kelab Polo Diraja Selangor. Go #TeamMalaysia!
Baca: Kemunculan Putera Mateen di Sukan SEA Buat Peminat Tempatan Histeria