Kecurian semasa kemalangan bukanlah perkara asing, ketika orang lain sibuk membantu mangsa yang cedera, ada pula orang ambil kesempatan dengan mengambil barang peribadi mangsa untuk keuntungan sendiri.
Perkara sama turut berlaku kepada abang Mimi Syazwani yang terlibat dalam kemalangan pada 4 Mac lalu.
Menurut tweet dari Mimi Syazwani, bapanya telah menyuruh abangnya untuk mengeluarkan cek syarikat yang berjumlah RM9,000 untuk dijadikan modal membeli barang syarikat di Shah Alam. Banyak tu!
Abang saya accident. Wang syarikat bernilai RM9ribu tunai telah dicuri.
Selanjutnya saya jelaskan pada gambar.
Mohon baik warga Twitter untuk Retweet tweet ini untuk membantu kami sekeluarga.
Dan doakan keadaan abang saya, Muhammad Azrul Affendy kembali pulih. pic.twitter.com/cE613DVtzZ
— M I M I (@MimiSyazwani) March 4, 2019
Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Setapak, motor abangnya hilang kawalan kerana laluan berpasir dan menyebabkan abangnya terjatuh hingga tak sedarkan diri.
Atas dasar tanggungjawab rakyat Malaysia, ramai yang telah membantu abang Mimi ini semasa dia tak sedarkan diri.
Tapi, dalam ramai-ramai tu, ada pulak individu tak bertanggungjawab pergi ambil kesempatan dengan mencuri sampul berwarna putih yang mengandungi wang tunai RM9,000 dan cek syarikat dari abangnya yang tak sedarkan diri. Menyempat eh?
“Saya mohon, bagi sesiapa yang ada bersama Abang saya pada masa itu agar jujur dan pulangkan kembali wang tersebut. Pulangkan separuh pun kami dah bersyukur. Sedih melihat Ibu Ayah saya ditimpa musibah dengan keadaan Abang saya yang kritikal di wad kecemasan.”
Setakat ini, keluarga Mimi dah pun membuat laporan polis dan menghubungi pihak DBKL untuk melihat CCTV semasa hari kejadian.
Selain itu, Mimi juga meminta pertolongan orang ramai yang melihat kejadian itu dan mempunyai apa-apa bukti untuk tampil membantu siasatan.
Harapnya keluarga Mimi akan mendapat bantuan yang diharapkan dan abangnya cepat sihat dan pulih seperti sediakala.