in

“Pukul 8.30 dah ada yg beratur” – Terlalu Ramai Pengunjung, Polis Arah Uniqlo Megastore Tutup Seketika

Ft Uniqlo Mega

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, UNIQLO buka secara rasmi roadside outlet mereka yang pertama di Malaysia terletak di Damansara Avenue. Sudah tentu, ianya menarik perhatian ramai penggemar fesyen jenama UNIQLO yang sudah mempunyai banyak cawangan di negara kita ini.



Jadi, tidak hairanlah apabila viral di media sosial menunjukkan gambar dan video keadaan di UNIQLO Megastore pada hari pembukaannya di mana ramai pengunjung membanjiri kawasan luar untuk beratur menunggu giliran masuk.

Uniqlo3

Uniqlo5

Bayangkan betapa ramai yang datang sampai barisan terlalu panjang hingga melebihi kawasan tempat letak kereta di situ. Banyak kereta dilihat diparkir di tepi jalan sepanjang kawasan tersebut, malah ada yang sampai double parked. Difahamkan, pihak berkuasa dan staf UNIQLO sendiri ada memantau keadaan untuk memastikan pelanggan mereka mengikut SOP penjarakan fizikal.

Disebabkan terlalu ramai, pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan telah mengarahkan UNIQLO menghentikan operasi selama beberapa jam untuk meningkatkan kawalan dan menangani orang ramai yang beratur di luar.

Uniqlo2

Uniqlo1

Menurut MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sejumlah besar pengunjung yang datang itu berkumpul seawal jam 8.30 pagi meskipun pintu kedai hanya dibuka pada jam 10 pagi.

Oleh kerana hanya 50 orang dibenarkan masuk pada satu masa mengambil kira SOP PKPB, lebih 300 orang berkumpul di luar premis tanpa mematuhi penjarakan dan mereka beratur rapat sejak pagi tadi.”

Operasi diarah dihentikan sementara oleh KKM untuk proses sanitasi dan persediaan rapi untuk pelaksanaan SOP sepanjang operasi apabila dibuka semula mengelak sebarang risiko pengesanan jangkitan positif dan sebagainya.”

Bagaimanapun polis sejurus terima laporan berjaya ke lokasi dan mengawal keadaan tengahari tadi sebelum pelanggan diarahkan balik ke rumah dan kembali semula 4 petang.”

Polis turut menasihati pengunjung supaya terus mematuhi SOP KKM ketika membeli belah untuk memerangi Covid-19 da sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan mengelak tempat sesak.

Baca: Uniqlo Roadside Store Dibuka Secara Rasmi Hari Ini, Siap Boleh Print Tshirt Design Sendiri Lagi!

Capture 2 7

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.