in

Puchong Catat Kes Lagi! Kali Ni Penduduk Dari Apartment Sri Anggerik 1 Puchong Jaya Pula Disahkan Positif Covid-19

Page 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, Selangor merupakan negeri ke-3 yang mempunyai kes tertinggi selepas Sabah dan Kedah.



Baru-baru ini pula, menurut posting yang dikongsikan oleh Puchong TODAY di Facebook, seorang penduduk dari Apartment Sri Anggerik 1 pula telah disahkan positif Covid-19 semalam.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak pengurusan apartment tersebut.

(Breaking News in Puchong)Another residence kena. This time is Sri Anggerik 1 Apartment, Puchong Jaya. 😷😑

Posted by Puchong TODAY on Isnin, 5 Oktober 2020

Pihak pengurusan dengan ini memaklumkan bahawa salah seorang penduduk dari Blok B telah dijangkiti Covid-19 pada 5 Oktober dan pesakit tersebut telah dipindahkan oleh KKM dan sedang menjalani rawatan.”

Sri Anggerik 1 Puchong Malaysia

Dalam notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan ini juga, mereka turut memberitahu yang proses sanitasi telah pun dijalankan di kawasan apartment tersebut seperti tangga, koridor dan tempat awam di semua blok bagi memastikan keselamatan penduduk lain terjamin.

Selain itu, pihak pengurusan turut menasihati penduduk di sana untuk mengamalkan SOP yang telah disarankan oleh kerajaan, menjaga kebersihan dan elak dari bersentuhan atau berkumpul di tempat-tempat sesak.

 

Baca: “Hampir semua mall dekat Selangor dah ni” – Staf Brands Outlet Di Paradigm Mall PJ Pula Disahkan Positif Covid-19

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.