in

“PUBG tak wajar dikaitkan dengan unsur keganasan seperti yang berlaku di Christchurch, New Zealand”- Syed Saddiq

Feat 26

Baru-baru ni seluruh dunia dikejutkan dengan insiden keganasan yang berlaku di Christchurch, New Zealand yang telah mengorbankan seramai 50 umat islam yang sedang menunaikan solat jumaat.

So selepas sahaja insiden tersebut berlaku, muncul pelbagai spekulasi dan analisis berkaitan insiden jumaat berdarah itu, salah satunya ialah berkenaan permainan dalam talian PUBG yang dikatakan sebagai ‘salah satu punca’ kepada insiden terbabit.

**Game tu memang ganas pun, tapi takkan la sebab PUBG?

Seded

“Keganasan tak ada kaitan dengan PUBG”- Syed Saddiq

So bagi menjawab mengenai isu tersebut yang semakin hangat diperkatakan, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil menjelaskan perkara sebenar.

Sumber Bernama, memetik Syed Saddiq berkata permainan dalam talian termasuk PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) tidak wajar dikaitkan dengan unsur keganasan seperti yang berlaku di Christchurch, New Zealand baru-baru ini.

Percayalah, ada atau tiada games (permainan berunsur penembakan secara dalam talian), kalau orang (suspek) dah ada fahaman ekstremisme mereka akan lakukan dan laksanakan keganasan itu,”

Pubg
Sumber : google

Pubg 2

Ujarnya PUBG atau mana-mana permainan berunsur tembakan tiada kaitan dengan keganasan yang berlaku sebaliknya ia berkemungkinan lebih besar daripada itu. Malah dia meminta jangan cepat melatah dan menyalahkan permainan..Tapi bila fikir balik, macam betul jugak kan?

“Kita harus beri penghormatan kepada mangsa. Adakah ia bermaksud kita kena haramkan semua games kerana ia berkait rapat dengan unsur penembakan? Saya rasa ia (insiden di Christchurch) lebih besar daripada itu.

“Sebelum tiada PUBG, keganasan tetap berlaku justeru, kita jangan cepat salahkan satu sebab,”

Gujerat, India dah haramkan PUBG!

Pada masa sama Syed Saddiq berkata unsur keganasan seperti itu harus dikecam masyarakat seluruh dunia kerana ia jelas bercanggah dengan prinsip kemanusiaan yang dipegang rakyat dinegara ini bahkan di seluruh dunia.

Untuk makluman korang, beberapa hari lepas Gujerat menjadi satu-satunya negeri di India yang haramkan permainan PUBG kerana ia telah mencetuskan kebimbangan kalangan ibu bapa di negara terbabit kerana ia dilihat lebih banyak mendatangkan pengaruh buruk termasuk unsur ganas.

Difahamkan permainan tersebut sehingga kini telah dimuat naik oleh lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia.

Bapak ah ramai! Admin tak main PUBG okey, admin main layang-layang je.

Baca : 5 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Pasal Kejadian Tembakan Rambang di Christchurch New Zealand  Motif Utama Serangan!

111