in

PUBG Mobile Ucap Selamat Tinggal Kepada India, Perkhidmatan & Servis Kini Ditamatkan

Feat Pubg Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut je nama PUBG, bukan setakat dalam negara, malah permainan video online ini sememangnya amat popular di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan remaja.


Namun begitu, tidak semua negara membenarkan rakyatnya untuk bermain permainan video online ini. Contohnya India.

 

India banned PUBG Mobile

Lapor Granthshala News, Kementerian Teknologi Maklumat di India telah mengharamkan sebanyak 118 aplikasi telefon pintar di negaranya sejak September lalu.

Aplikasi pintar yang diharamkan ini termasuklah permainan popular, Player Unknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG.

PUBG Corporation akhirnya terpaksa akur dengan keputusan kerajaan dan pihaknya telah mengumumkan secara rasmi bahawa segala akses dan perkhidmatan kepada pengguna PUBG di India dihentikan sepenuhnya pada 30 Oktober 2020.

Bukan itu sahaja, hak penerbitan PUBG Mobile di India juga telah dikembalikan kepada pemilik asalnya. Namun, tidak dinyatakan sama ada data penggunanya akan dihapuskan atau sebaliknya.

 

Luah rasa kesal dan terima kasih 

Dalam pengumuman itu juga, pihak PUBG Mobile India juga ada menyatakan rasa kesal dengan insiden ini. Turut disertakan adalah ucapan terima kasih kepada pengguna PUBG Mobile di atas segala sokongan dan minat mereka terhadap permainan itu.

Permainan PUBG Mobile ini dikatakan telah ‘dibanned’ di India gara-gara ancaman sekuriti dari China.

Pubg 1

 

Rugi 34 bilion dolar

Sejurus selepas pengharaman permainan PUBG di India ini diumumkan, pada keesokan harinya pula syarikat teknologi China ini dilaporkan mengalami kerugian dalam nilai pasaran sebanyak 34 bilion dolar!

Ini kerana India telah menyumbang sebanyak 25% pemain PUBG di seluruh dunia sebelum ini dan jumlah pemainnya semakin meningkat semasa tempoh lockdown gara-gara Covid-19 yang melanda negaranya.

Pengharaman permainan ini menyebabkan syarikat ini telah mengalami kehilangan jumlah pemain yang agak besar yang seterusnya menyebabkan berlakunya kerugian mencecah berbilion dolar.

Untuk pengetahuan, pengharaman permainan PUBG Mobile di India ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada Jun lalu, kerajaan India juga telah mengharamkan aplikasi TikTok, WeChat dan beberapa aplikasi lain yang berkaitan dengan Xiaomi.

Baca: Keluar Fatwa Game PUBG Tu Haram, Ulama Aceh Mahu Kenakan Hukuman Sebat Untuk Pemain Baca Pubg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.