in

Keluar Fatwa Game PUBG Tu Haram, Ulama Aceh Mahu Kenakan Hukuman Sebat Untuk Pemain

Feat Pubg Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut tentang online game Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG), sudah semestinya ramai yang tahu terutama buat golongan muda.


Rata-rata individu pasti mempunyai permainan ini dimuat turun sama ada di dalam handphone atau PC atau pernah mencuba untuk bermain PUBG ini.

Namun sebaliknya pula berlaku di Aceh, Indonesia. Golongan yang aktif dengan permainan online PUBG ini dianggap telah melanggar syariat Islam.

Ulama-ulama di Aceh berpendapat bahawa permainan online itu lebih banyak menawarkan kerugian berbanding kebaikan.

Tegas Ketua Majlis Ulama Daerah Aceh Barat, Teungku Abdurrani Adian, setiap pemain PUBG, serta yang berkaitan, mengandungi unsur-unsur kekerasan atau peperangan harus dikenakan hukuman sebat di hadapan khalayak.

 

PUBG haram dan pemain dihukum sebat

Pubg Gambar

Menurut Awani yang memetik Kompas, Aceh perlu bertindak sedemikian sebagai sebuah negeri yang berpegang pada syariat.

Pelaku yang melakukan tindakan haram yang dilarang di dalam agama Islam sangat layak untuk diseret dan dikenakan hukuman sebatan bersesuaian dengan peraturan di sana.

Pada Jun 2019, Majlis Ulama Aceh telah mengeluarkan fatwa bahawa permainan PUBG adalah haram.

 

Kesan negatif dan jejaskan akhlak

Fatwa tersebut dikeluarkan gara-gara permainan yang ditawarkan dalam aplikasi PUBG itu didakwa banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat khususnya buat generasi muda.

Bukan itu sahaja, PUBG juga dikategorikan sebagai permainan yang sarat dengan unsur kekerasan dan peperangan sehingga dikhuatiri menjejaskan akhlak dan psikologi pemainnya.

Walaupun PUBG diharamkan dan belum ada sebarang pelaksanaan undang-undang termasuk hukuman sebat, namun Teungku Abdurrani menegaskan bahawa pemerintah Aceh sebaiknya perlu melaksanakan hukuman berkenaan.

Sebagai seorang Muslim, apabila masih terus memainkan permainan itu, tentu mereka akan berdosa.

Mereka juga akan bertanggungjawab terhadap dosa mereka di akhirat kelak. 

Disebabkan itu, Teungku Abdurrani berharap pemerintah Aceh untuk segera merealisasikan fatwa tersebut supaya pemain PUBG atau sejenisnya dikenakan hukuman sebat bersesuaian dengan Kanun (Perda) Nombor 6 Tahun 2014 tentang Hukum Jinayat.

Selain itu, beliau juga meminta supaya Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat turut mengiktiraf fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Aceh berhubung pengharaman PUBG sebelum ini.

Permainan PUBG juga dikatakan menyebabkan para pemain menjadi ketagihan selain menyebabkan mereka terpengaruh dengan tingkah laku kekerasan.

Apa pendapat pemain-pemain PUBG sekalian? 

Baca: Sanggup tak tidur nak main game punya pasal 7 Revolusi PC Games Dari Tahun 90an Sampai Sekarang, Mana Satu Favorite Korang? Baca Pubg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.